Halaman

Rabu, 2 September 2020

[537] #TAG4Future - SMK Palong Timur - Sesi 3 Sains

Selasa, 1 September 2020 - #TAG4Future - Projek Sukarelawan Pendidikan - Kelas Bimbingan Percuma SPM Pelajar Keluarga B40 FELDA di SMK Palong Timur. Hari ini untuk kelas Matematik Tambahan (pelajar aliran Sains Tulen - Sesi 2) dan Sains (pelajar bukan aliran Sains Tulen - Sesi 3).



Seramai 9 orang sukarelawan tutor menyumbang bakti hari ini. 4 orang untuk sesi Matematik Tambahan manakala 5 orang untuk sesi Sains. 

Faiz bertindak sebagai Ketua Tutor kelas Matematik Tambahan 5 Arif, Nurul Asyikin Basri dan Nur Ashraff untuk kelas Sains masing - masing 5B dan 5C.




























Sesi dimulakan dengan solat Zuhur berjemaah semua pelajar Tingkatan 5 bersama sukarelawan tutor. Ia kemudian diikuti pemecahan mengikut subjek, sedikit energizer pembukaan dan kemudian sesi bermula.

Terima kasih Tuan Haji Muzaffar Shah Ghazali, Pengetua dan guru - guru. Beliau juga sempat bersama ketika makan tengah hari dan membuat pemantauan terhadap perlaksanaan sesi sambil menyampaikan pesanan buat pembakar semangat sukarelawan dan anak - anak SMPL.
Tidak lupa ibu bapa yang memberi keizinan. Selamat maju jaya adik - adik semua.

Projek TAG4Future - Teach and Guide for Future ini adalah inisiatif Persatuan Belia G2 FELDA Pemanis dan dibiayai menerusi dana Impact Malaysia dengan sokongan dan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat ADUN Pemanis, SMK LKTP Pemanis dan SMK Palong Timur. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)