Halaman

Jumaat, 18 September 2020

[543] Mesyuarat Pengurusan #TAG4Future

SEGAMAT, 12 September 2020 - Pasukan Pengurusan Projek #TAG4Future telah mengadakan mesyuarat penuh pengurusan bertempat di Bilik Mesyuarat, Ngeteh Port and Desert, Taman Yayasan. Mesyuarat yang bermula jam 09.30 pagi itu berakhir jam 12.30 tengah hari dan telah dipengerusikan oleh Ketua Projek, Mohd Faiz Ahmad. 

Menurut Azhari Imran selaku Setiausaha Projek, mesyuarat telah mengenal pasti dan menyelesaikan isu - isu berbangkit semasa projek dijalankan. 















Beliau juga melaporkan telah merekodkan sebanyak 21 orang tutor terlibat dalam 12 sesi sepanjang Fasa 1 dan sebahagian Fasa 2 di dua buah sekolah setakat ini. Jumlah 30 orang tutor yang akan terlibat dapat dicapai pada sesi berikutnya dengan bantuan sukarelawan dari seluruh daerah negeri Johor dan juga beberapa negeri lain selain pertambahan tutor dalaman. 

"Antara isu lain yang dibincangkan adalah penglibatan Sukarelawan Tutor, laporan kewangan program dan format yang perlu dipatuhi dalam menyediakan laporan tonggak pencapaian kepada pihak IMPACT," tambah beliau lagi. 

"Mesyuarat juga memutuskan mereka yang akan menyelaras beberapa portfolio tambahan yang akan menyokong perjalanan projek menjadi lebih sempurna," ujar Azhari mengakhiri ulasan yang diberikan kepada Team Media G2. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)