Halaman

Jumaat, 18 September 2020

[551] #TAG4Future - SMK Palong Timur - Sesi 5 Matematik Tambahan 5 Arif

BATU ANAM, 15 September - Seramai 19 orang sukarelawan tutor dari #TeamG2 telah berkhidmat secara sukarela untuk program #TAG4Future - Kelas Bimbingan SPM Pelajar Keluarga B40 FELDA di SMK Palong Timur, dekat sini. 

Siri ke 5 untuk Matematik Tambahan dan Siri ke 6 untuk Sains ini melibatkan 3 kelas pelajar yang seramai 52 orang. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dengan setiap sukarelawan tutor mengendali 2 atau 3 orang pelajar. Pendekatan tutorial ini bagi memastikan pemahaman, penyampaian dan kesan yang lebih baik bagi pelajar yang bakal berdepan peperiksaan SPM 2020.


























Dari 19 orang itu, 7 dari mereka merupakan tutor dari luar meliputi daerah lain di dalam Johor dan ada juga yang hadir dari Selangor. Rangkaian rakan - rakan tutor telah menarik minat mereka luar Segamat untuk bersama berkhidmat. 

Sebelum sesi bermula, satu perjumpaan di antara Pegawai Impact Malaysia, Encik Junaidy, G2 dan Pengetua Tuan Haji Muzzafar telah diadakan. Pasukan dari Impact Malaysia juga turut membawa unit media mereka untuk membuatkan liputan dan rakaman video. 

Sesi penyerahan dan semakan laporan Fasa 1 projek juga telah diadakan. Laporan diserahkan kepada Encik Junaidy oleh Mohd Faiz selaku Ketua Projek. 

Terima kasih kepada semua : Pengetua, guru - guru, para pelajar, Impact Malaysia dan terutamanya sukarelawan tutor. Siri berikutnya akan diadakan Selasa hadapan. 

#TAG4Future #SecuringYouthEducation #BungaBangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)