Halaman

Rabu, 7 Oktober 2020

[566] Kursus Pengurusan Pemimpin ARPRM Siri 2 Peringkat Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 29 September - Kursus Pemimpin Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Siri 2 Peringkat Negeri Johor telah diadakan di Institut Integriti Kepimpinan Dan Latihan Semangat Dato' Onn ( IKLAS ), Johor Bahru, hari ini. Seramai 3 orang dari #TeamG2 menghadiri kursus ini iaitu Suria, Azhari dan Akim. Mereka semua adalah pemegang Emas ARPRM. 

Ia juga dihadiri oleh Badan Operasi dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat, Pejabat Pendidikan Daerah, Institut Kemahiran MARA dan Kolej Komuniti. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor ini dikendalikan oleh Cikgu Aris dan Kak Anne yang mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman dalam kejurulatihan ARPRM. 









































Menerusi kursus ini, para peserta didedahkan mengenai falsafah, prinsip dan asas ARPRM. Peserta juga belajar perekodan dan penilaian yang betul. 

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Puan Wardah binti Hussin, Timbalan Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir En. Muhd Najhan bin Abdul Rahim, Ketua Unit Korporat dan Strategik IKLAS dan Puan Nor Hashiqin binti M.Ali Penolong Pengarah, Unit Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. 

Azhari Imran dari #TeamG2 telah mewakili semua peserta kursus menerima sijil semasa majlis penutup. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis adalah Badan Operasi bertauliah untuk melaksanakan program antarabangsa ini. #ARPRM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)