Halaman

Khamis, 8 Oktober 2020

[570] Majlis Semarak Perpaduan dan Komuniti Selamat DUN Pemanis

Khamis, 1 Oktober 2020 - #TeamG2 memulakan aktiviti pada bulan Oktober ini dengan kerja - kerja kesukarelaan dan urusetia bagi Majlis Semarak Perpaduan dan Komuniti Selamat DUN Pemanis yang menggabungkan 4 dalam 1 program. 










































































































Ia adalah anjuran Pejabat ADUN Pemanis dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Segamat, Polis DiRaja Malaysia Daerah Segamat, Pejabat Penerangan Daerah Segamat, Penggerak Daily, Majlis Belia Daerah Segamat dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Program dirasmikan oleh YB Dr. Chong Fat Full, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Johor yang juga merupakan ADUN Kawasan Pemanis. Turut hadir adalah Puan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, para pegawai Kerajaan, Rukun Tetangga dalam Daerah Segamat dan Skim Rondaan Sukarela. 

Pada majlis yang sama diadakan penyampaian hadiah Pertandingan Mural Perpaduan Sekolah Dalam DUN Pemanis. SK Dato' Seri Maharajalela telah muncul sebagai Johan manakala SMK LKTP Pemanis menjadi Naib Johan. Masing - masing membawa pulang wang tunai 3,000 dan 2,000. Sebanyak 12 sekolah menyertai pertandingan itu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)