Halaman

Isnin, 26 Oktober 2020

[594] #TAG4Future - Sesi Menanda Kertas Penilaian Sains

FELDA PEMANIS, 25 Oktober - Lima orang sukarelawan tutor pagi ini telah selesai menyemak dan menanda kertas jawapan penilaian subjek Sains bagi projek #TAG4Future yang telah diadakan minggu lepas.

Pada sesi penilaian Sains tersebut, para pelajar telah menjawab soalan - soalan yang diberikan untuk mengukur sejauh mana pemahaman mereka setelah melalui beberapa sesi subjek tersebut sejak Ogos lalu.

Faiz, Azhari, Syikin, Irfan dan Anis telah melaksanakan tanggungjawab itu setelah mendapat panduan dari guru Sains, Puan Anisah.














Menurut Azhari selaku Setiausaha Projek, sukarelawan tutor yang terlibat dalam aktiviti pagi ini dapat merasai pengalaman sebenar menanda kertas pelajar.

"Kami berpendapat, berdasarkan markah yang diperoleh ini, pelajar masih perlu banyak lagi mengulangkaji dalam menghadapi peperiksaan SPM sebenar yang akan datang," ujar beliau lagi.

Sesi Sains terakhir bagi projek Kelas Bimbingan Percuma SPM Pelajar Keluarga B40 FELDA ini akan diadakan esok. Ia dijangka akan membuat rumusan dan ulasan prestasi pelajar dan membetulkan segala kesilapan yang berlaku.

#TAG4Future
#SecuringYouthEducation
#BungaBangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)