Halaman

Ahad, 15 November 2020

[601] Rakan Muda Nature Hike Dilaksana Dengan Kelulusan dan SOP MKN

FELDA REDONG, 13 November - Berdepan dengan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Program Rakan Muda Nature Hike Peringkat Negeri Johor telah berjaya dilaksanakan dengan perubahan besar selaras tuntutan dan kelulusan yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Program rekreasi luar ini mengambil tempat di Bukit Botak, Felda Redong 01, Segamat dan melibatkan 10 orang peserta termasuk urusetia dibahagikan kepada dua kumpulan melalui dua trek berbeza dan masa berbeza.


































Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dengan kerjasama Persatuan Belia MBFM Felda Redong 01 dan Pertubuhan Belia Generasi Baru Paya Pulai. 

Pemantauan program dibuat oleh tiga orang Pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Segamat. Program telah dirasmikan oleh Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Pengurus Projek, Suria Sipon, 24 tahun dalam ucapannya menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama membantu menjayakan program.

"Walaupun bilangan peserta terpaksa dikurangkan dan banyak slot aktiviti terpaksa ditiadakan, program masih boleh berjalan dengan baik dan semua peserta memberikan respon yang menggalakkan," tambah beliau lagi.

Sementara itu, dalam pesanannya, Pegawai Belia dan Sukan Saerah Segamat turut menyatakan bahawa satu lagi program akan diadakan hujung bulan ini iaitu Rakan Muda Day Out yang menjurus kepada program khidmat masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)