Halaman

Isnin, 30 November 2020

[613] #TAG4Future Virtual - Sesi Guide : Unleash Your Potential Skills

 #TeamG2 Laksana Sesi Guide Secara Virtual Peringkat Kebangsaan, 'Move - On' Dengan Cara Baharu 

FELDA PEMANIS, 26 November - Dilaksanakan secara virtual menerusi platform Google Meet, sesi Guide projek #TAG4Future - Teach and Guide for Future telah bersiaran atas talian ke seluruh negara semalam berpangkalan di Pusat Internet Felda Pemanis Dua. Sesi pertama dari dua sesi yang diatur ini menampilkan Encik Saifuddin Mohd Isa, Penyelidik dari Institut Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang juga merupakan seorang pelajar pada peringkat Doktor Falsafah. 

Encik Saifuddin juga adalah aktivis dari #TeamG2. Sesi yang diberi nama Unleash Your Potential Skills ini memfokus kepada pembentukan diri remaja khususnya mereka yang bakal menempuh kehidupan selepas SPM. 

















Menurut Faiz Ahmad, Ketua Projek, "Hampir 100 orang, atau secara tepat 95 orang telah mengikuti sesi ini sehingga tamat dan melengkapkan borang maklumbalas. "Para peserta program meliputi semua negeri di Malaysia. Kami menggunakan rangkaian remaja berpengaruh untuk mendapatkan peserta dari semua lokasi", tambah beliau lagi. Faiz juga menjelaskan bahawa sesi yang diadakan ini adalah kali pertama digerakkan sepenuhnya secara virtual termasuk pengaturan sistem pengurusan. 

"Kami di #TeamG2 sememangnya telah mula 'move - on' untuk bergerak secara virtual, selaras keadaan semasa dan perkembangan capaian teknologi", ujar beliau lagi. 

Sesi kedua menjurus kepada Penulisan Resume dan Persediaan Menghadapi Temuduga akan dilaksanakan Rabu depan, 2 Disember 2020 menampilkan Tokoh Belia Johor 2020 dari #TeamG2, Encik Mohd Firdaus Zainal Abidin. Maklumat lanjut akan menyusul beberapa hari lagi. 

#TeamG2 merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dan menjayakan program ini. 

#TAG4Future #SecuringYouthEducation #BungaBangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)