Halaman

Sabtu, 5 Disember 2020

[620] An Evening By The Riverside

JETI NELAYAN KG TEKAM, 4 Disember - Satu majlis ringkas penghargaan kepada sukarelawan #TeamG2 yang telah menyelesaikan beberapa program telah diadakan petang ini bertempat di Restoren Jeti Nelayan, Kg Tekam, Segamat.

Dinamakan sebagai 'An Evening By The Riverside', Majlis menyampaikan sijil penghargaan, sedikit cenderahati dan jamuan kepada semua sukarelawan program #TeamG2. Tiga program yang telah tamat adalah Rakan Muda Nature Hike, Edaran Face Mask dan Hand Sanitizer Untuk Komuniti Segamat dan paling utama adalah #TAG4Future - Virtual : Projek Sukarelawan Pendidikan.



























Majlis juga menyampaikan sijil Majlis Belia Malaysia (MBM) kepada sukarelawan yang terlibat dalam video 'Cerita COVID Kita' - Musim Pertama.

Tiga orang Mentor (Pemimpin) baru Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE) dari #TeamG2 juga telah diberikan Sijil Tauliah Pemimpin dan Pin Merah. Mereka adalah Muhd Azhari Imran, Suria Sipon dan Mustakim Abdul Kahar.

Seramai 20 orang sukarelawan #TeamG2 sempat menghadirkan diri petang tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)