Halaman

Sabtu, 6 Mac 2021

[648] Sesi Semakan Buku Rekod ARPRM #BatchCovid19

KADEM KAHAR MUNCUL GANGSA PERTAMA SESI INI, SEMAKAN BUKU REKOD #BatchCovid19 DIMULAKAN

JUMAAT, 5 Mac 2021 - Seramai 4 orang peserta ARPRM hari ini menyemak Buku Rekod masing - masing untuk program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). 

Kadim Abdul Kahar telah sempurna semua komponen ARPRM pada Tahap Gangsa yang dilaksanakan dalam masa hampir 3 tahun. Beliau kemudiannya menyambung terus dan diberikan Buku Rekod Tahap Perak.
































Manakala peserta yang lain telah sempurna 2 atau 3 komponen dan menuju ke komponen terakhir. Dari 4 orang itu, 2 orang melaksanakan dokumentasi dalam Bahasa Melayu manakalah 2 orang lagi dalam Bahasa Inggeris.

Menerusi sesi semakan ini, setiap catatan peserta diteliti, jumlah jam dan bulan dikira dan pembetulan dilakukan terhadap mana - mana catatan yang salah atau mengelirukan. Para Mentor juga membantu mana - mana peserta yang kurang memahami dan perlukan sokongan.

Mentor berkhidmat hari ini adalah Hairul Asraf Abas dan Mizam Rahim. Sesi semakan seterusnya adalah pada hari Isnin nanti.

#ARPRM #DofE #DoE #KeranaKitaHamba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)