Halaman

Sabtu, 6 Mac 2021

[650] Sekolah Politik 2.0 - Minggu Pertama

 SEKOLAH POLITIK 2.0 BERMULA, #TeamG2 SERTAI SELAMA 6 MINGGU

SABTU, 6 Mac 2021 - Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMCEDEL) memulakan Sekolah Politik 2.0 selama 6 minggu setiap hari Sabtu bermula hari ini.

Seramai 4 orang dari #TeamG2 telah diterima masuk sebagai pelajar. Kelas diadakan secara atas talian menggunakan platform Zoom Meeting.




















Majlis Perasmian Sekolah Politik 2.0 disempurnakan oleh YB Senator Wan Ahmad Fyshal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Turut bersama adalah Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia.

Kira - kira 400 orang peserta melapor diri dalam kelas sesi pertama hari ini. Modul pertama adalah Konsep Negara Bangsa. Ia disampaikan oleh Tuan Akmal Hisham dari REFORM dan UMCEDEL.

Selamat belajar, menimba ilmu dan meningkatkan kefahaman kepada semua pelajar Sekolah Politik 2.0

#TeamG2 #SekolahPolitik #KeranaKitaHamba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)