Halaman

Ahad, 14 Mac 2021

[653] RISE 2021 - Female Future Leaders

#TeamG2 SERTAI SEMINAR VIRTUAL ANTARABANGSA RISE 2021 - FEMALE FUTURE LEADERS

SABTU, 13 Mac - Seramai 4 orang wanita muda dari #TeamG2 hari ini menyertai seminar antarabangsa RISE 2021 - Female Future Leaders yang diadakan secara virtual.

Ia diadakan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia Tahun 2021 dianjurkan oleh Institut Dato’ Onn (IDO) dengan kerjasama RISE dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat Malaysia.
























RISE 2021: Female Future Leaders Forum merupakan sebuah persidangan secara maya (virtual conference) yang bertujuan untuk meraikan, menginspirasi dan memperkasa pemikiran para pemimpin wanita muda di seluruh dunia untuk mencapai potensi diri secara maksima. 

Ucaptama Pembukaan telah disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, disusuli ucapan dari Menteri Perhubungan Luar New Zealand, Hon. Nanaia Mahuta.

Kerajaan Negeri Johor sebagai penganjur utama program percaya bahawa modal insan adalah penggerak utama Negeri Johor. Modal insan yang berkualiti membantu pelan pembangunan berjalan dengan baik. YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor, juga telah memberikan ucaptama.

Pelbagai isu dan agenda menyentuh mengenai wanita telah dibincangkan dan ini membuka minda kepada wanita muda untuk menjadi lebih perkasa lagi.

#TeamG2 mengucapkan tahniah kepada semua yang telah berjaya mengikuti seminar ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)