Halaman

Khamis, 18 Mac 2021

[666] Konsultasi ARPRM #BatchCovid19 - Fasa 4

FASA 4 KONSULTASI MEMFOKUS PESERTA TAHAP EMAS

RABU, 17 Mac, 10 pagi petang - Sesi Konsultasi ARPRM Sesi 2020 / 2021 diteruskan hari ini dengan Fasa 4. Ia melibatkan 4 orang peserta yang sedang melaksanakan Tahap Emas. Mereka adalah Mohd Khairul Izuan Abd Aziz, Mohd Zulfahmi Md Zain, Muhd Anees Assri dan Fakhrul Aiman Ayub.

Kumpulan Fasa 4 hari ini mula melengkapkan dokumentasi beberapa komponen dalam ARPRM yang telah disempurnakan oleh mereka. Empat komponen yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa adalah Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Jelajah Lasak.


Peserta juga mengulangkaji pemahaman mereka terhadap keperluan perlaksanaan ARPRM di samping semakan terhadap aktiviti yang telah disempurnakan sebelum direkodkan secara teratur.
































Kohort yang diberi nama #BatchCovid19 ini merupakan kohort yang istimewa kerana pelaksanaan program dalam suasana pandemik bermula tahun lepas.

Program ARPRM - Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda merupakan program bertaraf antarabangsa yang dikenali serata dunia sebagai The Duke of Edinburgh’s International Award (DofE), diasaskan di United Kingdom. Mempunyai 3 tahap, program ini bersifat jangka panjang dan dilaksanakan berjuta remaja 14 - 24 tahun di lebih 140 buah negara. 

Keseluruhan, 6 orang peserta Tahap Emas selesai menjalani konsultasi.

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merupakan salah sebuah organisasi bertauliah yang diberikan lesen oleh Kerajaan Malaysia dan Award House London menerusi Kementerian Belia dan Sukan untuk melaksanakan program ini.

#ARPRM #DofE #DoE #KeranaKitaHamba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)