Halaman

Sabtu, 24 April 2021

[701] Lentera Kasih 10 : "Selalu saya pesan. Biar abah susah, korang tetap kena belajar"

MUKIM GEMAS DAN MUKIM BULOH KASAP, 23 April bersamaan 11 Ramadhan 1442H - #LenteraKasih10 - Hari Keenam

“Ni semua 4 orang kecik ni tinggal rumah kalau akak kerja? Ye, dia orang duduk rumah semua adik – beradik.” Cerita ibu tunggal bergelut membesarkan anak. Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) memberikan bantuan peralatan dan kelengkapan rumah untuk beliau.

“Makcik dah tak berapa Nampak sejak awal tahun ni” “Yelah, tahun lepas kami datang makcik tak macam ni sangat”

“Mana bang budak - budak semua yang tahun lepas jumpa? Owhh yang lelaki tu dah masuk Tingkatan 1 kat MRSM Ulul Albab Gemencheh. Dia dapat gak Sains Muar. Akak dia bulan depan habislah Matrik kat Tangkak tu. Yang akak lagi satu baru habis IKBN” -  cerita bapa nelayan darat 8 orang anak sambil membetulkan jala untuk ke sungai.

“Selalu saya pesan. Biar abah susah, korang tetap kena belajar,” tambah beliau lagi.

“Tahun ni akak puasa sorang je. Tahun lepas kan PKP, semua anak - anak kat rumah. Yang pempuan ni kat Asrama Pusat Segamat. Yang lelaki pulak kat IKBN” - cerita seorang ibu tunggal. “Tak tahulah raya ni macam mana,” ujar beliau lagi.











































































































Itu sebahagian kisah Jelajah Asnaf dalam Lentera Kasih 10 hari ini dengan panduan dari MAIJ Segamat bersama Ustaz Saidi di Mukim Gemas dan Mukim Buloh Kasap. Kami menyampaikan fidyah yang diterima menerusi tabung Lentera Kasih 10. Banyak lagi kisah tak terungkapkan di sini.

Kami menyusuri Kampung Kenangan, Kampung Batu Lima, Kampung Kuala Paya, Kampung Spang Loi, Kampung Mensudut Pindah, Kampung Batu 10 dan Kampung Lubuk Lanjut. Masih ada lagi perkampungan yang belum sempat kami jejajahi dan sampaikan fidyah, sedekah dan sumbangan semua.

Terima kasih Tuan Puan atas fidyah, sedekah dan sumbangan yang dihulurkan untuk Misi Jaringan Perlindungan Sosial : Lentera Kasih 10 sepanjang Ramadhan ini.

Untuk menyumbang, barangan atau tunai :
551052312191 (Maybank)
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis

Atau hubungi :
Zam 0137686021
Akim 0149265 317
Anis 01136741917

Sedekah tidak memiskinkan. Ia juga tidak bersyarat. Terima kasih atas keprihatinan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)