Halaman

Isnin, 26 April 2021

[703] Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara 2021 : Kategori Emas Remaja Perdana

SEJAM DIPANGGANG 3 PANEL, FIRDAUS SELESAI DINILAI UNTUK KATEGORI EMAS PERDANA APBN 2021

PUTRAJAYA, 26 April - Berhadapan dengan 3 orang panel secara fizikal diketuai oleh pensyarah Universiti Putra Malaysia, Mohd Firdaus Zainal Abidin petang tadi selesai dinilai untuk Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2021 - Kategori Emas Remaja Perdana pada sesi penilaian Kebangsaan bertempat di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.













Sesi penilaian selama 3 hari itu bermula hari ini dengan setiap hari dibahagikan kepada dua sidang : pagi dan petang. Untuk sidang petang tadi, 4 orang calon dinilai dengan dua orang memilih untuk penilaian fizikal manakala dua lagi secara virtual.

Firdaus bertolak dari Johor Bahru bersama Encik Khairul, Timbalan Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Sesi beliau bermula jam 02.05 petang dan selesai kira - kira sejam berikutnya.

APBN merupakan anugerah yang dilaksanakan pada setiap tahun dalam memberi penghargaan buat individu dan pertubuhan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta memberi sumbangan ke arah pembangunan belia.

Bagi Kategori Emas Remaja Perdana, calon-calon adalah terdiri daripada mereka yang merupakan pemegang Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).

Untuk rekod, Firdaus merupakan penerima ARPRM Tahap Emas pertama dalam Segamat pada tahun 2015 juga Johan APBN (Lelaki) Johor 2020.

Seluruh #TeamG2 dari segenap pelusuk negara dan keluarga besar ARPRM mengucapkan syabas dan tahniah untuk beliau, dengan doa dan harapan semoga berjaya.

#TerbilangDalamTerbuang
#GenerasiMerentasSempadan
#MengilhamHarapan #MembinaSemula #MenciptaMasaHadapan
#HidupUntukMemberi kerana #KitaHamba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)