Halaman

Jumaat, 30 April 2021

[708] Lentera Kasih 10 : Hari ke 7 - Mukim Gemereh

MUKIM GEMEREH, 30 April bersamaan 18 Ramadhan 1442H - #LenteraKasih10 - Hari Ketujuh

"Ni pun esok lusa saya kena cari rumah lain. Tak tahulah nak cari di mana. Orang dah tak nak saya duduk sini," luah seorang isteri sambil anak kecilnya berada di sini.

"Ayah ke sungai. Cari ikan. Tak tahu bila dia balik," seorang remaja berusia 16 tahun.

















































































































"Kena sakit ini masa hujung 2018, masa tu dalam umur 35 tahun," cerita seorang isteri perihal sakit yang ditanggung suaminya.

Itu antara cebisan cerita dalam jelajah kami untuk Lentera Kasih 10 di Mukim Gemereh. Kami menjelajah kampung - kampung dalam mukim tersebut : Kampung Gudang Garam, Kampung Batu Hampar, Kampung Alai, Kampung Batu Badak dan Kampung Paya Dalam.

Hujan renyai menjadi lebat dan teduh semula tidak menghalang misi ini untuk terus bergerak. Dalam hujan juga, kami berkunjung ke rumah yang telah dipilih oleh Tok Ketua Kampung dan Tok Penghulu. Kami tahu ada jiwa yang sedang menanti di sana.

Jelajah kami dipandu oleh Tok Penghulu Mukim Gemereh, Encik Nur Shah Afendi Bin Asmun. Lima orang Ketua Kampung turut bersama kami. Mereka adalah Tok Noor Hisham Mohd Noor (Gudang Garam), Tok Khairul Abdullah @ Nun (Berata), Tpk Wan Hussein Wan Abas (Gemereh 3), Tok Abd Manap Munaji (Batu Badak) dan Tok Hasan Husin (Lubok Batu). Sukarelawan hari ini adalah Mohd Syazrul Alif Ayub dan Ahmad Daniel Wari. Banyak yang mereka pelajari dari Tok Penghulu dan Tok Ketua Kampung, juga penerima sumbangan hari ini.

Terima kasih Tuan Puan atas fidyah, sedekah dan sumbangan yang dihulurkan untuk Misi Jaringan Perlindungan Sosial : Lentera Kasih 10 sepanjang Ramadhan ini.

Untuk menyumbang, barangan atau tunai :
551052312191 (Maybank)
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis

Atau hubungi :
Zam 0137686021
Akim 0149265 317
Anis 01136741917

Sedekah tidak memiskinkan. Ia juga tidak bersyarat. Terima kasih atas keprihatinan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)