Halaman

Isnin, 7 Jun 2021

[737] MyVAC dan Southern Volunteer Daerah Segamat : Hari 22 (PPV Dewan Muafakat, Taman Yayasan)

MyVAC dan Southern Volunteer Daerah Segamat - Hari 22 | 6 Jun 2021, Ahad | Dewan Muafakat, Taman Yayasan

Penugasan Sukarelawan MyVAC KBS - MOSTI - KPT dan Southern Volunteer (SV) Daerah Segamat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Muafakat Taman Yayasan bagi hari ke 22 dalam Fasa 2.

Seramai 17 orang sukarelawan MyVAC dan 5 orang sukarelawan Southern Volunteer telah berganding bahu membantu operasi PPV Dewan Muafakat Taman Yayasan yang mula beroperasi hari ini.


YB Datuk Zahari Sarip, ADUN Kawasan Buloh Kasap merangkap Ketua UMNO Bahagian Segamat telah hadir membuat tinjauan. YB Datuk telah bermurah hati menyumbangkan kerusi roda dan laptop untuk kegunaan PPV.

Tuan Pegawai Daerah Segamat, Haji Nasri Md Ali dan YDP Majlis Perbandaran Segamat, YM Ungku Tahir Ungku Zakaria turut mengadakan lawatan.

Seterusnya, PPV menerima kunjungan YB Dato’ Sri Dr Santhara, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan yang juga merupakan Ahli Parlimen Segamat. Dato’ Sri telah mengemukakan beberapa cadangan, sokongan dan bantuan untuk menjadikan operasi PPV ini lebih baik.





























































































Projek MyVAC sebagai teras sokongan pengurusan pemberian vaksin kini berjalan seluruh negara menyaksikan ribuan sukarelawan belia dimobilisasikan untuk tujuan itu. Ia adalah di bawah Program Immunisasi COVID - 19 Kebangsaan (PICK).

Manakala SV pula menjunjung titah DYAM Tunku Makhota Johor untuk anak muda memainkan peranan yang lebih besar dalam membendung penularan wabak COVID -19. Salah satu peranan yang dimainkan adalah dengan membantu program vaksinasi di setiap PPV daerah dalam negeri Johor.

#MyVAC #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #KitaBelumMenang #PICK #SouthernVolunteerSegamat #SouthernVolunteer #SV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)