Halaman

Selasa, 27 Julai 2021

[788] Hari Akhir MyVAC #TeamG2 Bakal Pelajar Matrikulasi

HARI AKHIR SUKARELAWAN MYVAC #TeamG2 DARI KUMPULAN BAKAL PELAJAR MATRIKULASI

SABTU, 17 Julai - Seramai 6 orang sukarelawan MyVAC dari #TeamG2 yang berkhidmat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat Taman Yayasan menamatkan perkhidmatan mereka pada Sabtu, 17 Julai 2021.

Mereka bakal memulakan pengajian sebagai pelajar Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 26 Julai 2021. Beberapa keperluan pengurusan dokumen dan persiapan sebelum mendaftar sebagai pelajar dan mengikuti pengajian perlu disempurnakan.

































Sukarelawan ini telah memulakan perkhidmatan bermula di PPV Dewan Serbaguna, Jalan Genuang selama 21 hari bermula 2 Mei 2021. Kemudian, mereka berpindah ke PPV Dewan Muafakat Taman Yayasan pada 6 Jun 2021 apabila PPV itu dibuka. Sukarelawan ini menggunakan peluang masa senggang selepas peperiksaan SPM sebelum melanjutkan pelajaran untuk menyumbang sesuatu kepada komuniti.

Sedikit majlis penghargaan untuk kumpulan sukarelawan bakal pelajar Matrikulasi ini telah diadakan sejurus tamat operasi PPV pada hari berkenaan. Ia dihadiri oleh Dr. Azizi (Ketua PPV Taman Yayasan), Dr. Saiful dan Encik Hasdi (Penyelaras MyVAC Daerah Segamat).

Hari berkenaan juga merupakan hari akhir PPV Taman Yayasan sebelum bercuti sempena Aidil Adha dan kembali semula pada Khamis, 22 Julai 2021.

Beberapa orang lagi sukarelawan MyVAC dari #TeamG2 masih meneruskan perkhidmatan sehingga penggiliran dibuat atau mereka kembali ke pengajian tinggi.

#TeamG2 mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan dari kumpulan bakal pelajar Matrikulasi. Semoga segala ilmu jalanan yang ditimba akan menjadikan mereka seorang remaja yang holistik dan lebih cemerlang lagi apabila digabungkan dengan ilmu formal pengajian tinggi nanti.

Selamat maju jaya dan berjuang untuk akademik di Matrikulasi pula!

#MYVAC #MyVACSegamat #Volunteer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)