Halaman

Isnin, 2 Ogos 2021

[798] ARPRM Adalah 'Flagship Programme' Rakan Muda

 ARPRM ADALAH 'FLAGSHIP PROGRAMME' RAKAN MUDA

31 Julai - "Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) merupakan 'flagship programme ' Rakan Muda. Kita terhutang budi dengan NGO yang menjadi Badan Operasi kerana mereka banyak menggerakkan program."

"Mengekalkan ARPRM itu lebih penting dan ia ia paling utama," demikian antara butir bicara Dato' Dr. Hajah Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara dalam sesi 'Jom Bersama MAGAA' yang diadakan selama hampir 4 jam malam tadi.

Program anjuran Malaysia Gold Award Association (MAGAA) atau Pertubuhan Belia Emas Perdana itu diadakan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).
























Ia diadakan menerusi platform tertutup Zoom Meeting, menghimpunkan hampir 100 orang Pemimpin (Mentor) dan Pemegang Emas ARPRM seluruh Malaysia. Turut bersama adalah Puan Azura Sabrin (Timbalan Ketua Pengarah Rakan Muda), Puan Marina (Pengarah Cawangan) dan Puan Nurasyiqin (Penolong Pengarah Rakan Muda). 

"Rakan Muda adalah bahagian yang amat kuat. Pemegang Emas ARPRM kita merupakan asas kepada program kesukarelaan. Tidak ada program lain selain ARPRM yang amat kuat dari segi struktur," jelas Dato' Ketua Pengarah lagi.

Dato' Ketua Pengarah dalam sesinya juga menjelaskan banyak perkara. Beliau turut berbangga dengan penglibatan seramai 51 orang pemegang Emas ARPRM yang berkhidmat sebagai sukarelawan MyVAC di seluruh negara.

Sementara itu, Puan Azura dalam sesi sebelumnya turut menjelaskan bahawa sepanjang pelaksanaan ARPRM, negara telah melahirkan seramai 1,410 orang penerima Tahap Emas, 51,800 orang Tahap Perak dan 128,000 orang Tajap Gangsa.

"Kita juga mempunyai sebanyak 326 buah Badan Operasi ARPRM," tambah Puan Azura lagi.

MAGAA yang dipimpin oleh Hazrul Hafizi Abdul Halim sebagai Presiden mengambil inisiatif mengadakan sesi perjumpaan ini sebagai platform untuk sembang santai bersama Ketua Pengarah dan kepimpinan tertinggi Rakan Muda, selain mendapatkan pandangan, idea dan cadangan dari ahli - ahlinya.

Secara asasnya, MAGAA merupakan sebuah Persatuan yang menghimpunkan semua penerima ARPRM Emas seluruh Malaysia. Seramai 30 orang penerima Emas ARPRM dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merupakan ahli MAGAA.

Dalam sesi malam tadi, #TeamG2 telah diwakili oleh seramai 16 orang terdiri dari 13 orang pemegang Emas dan 3 orang Mentor. Mohd Firdaus Zainal Abidin (berada di Johor Bahru), Mustakim Abdul Kahar (berada di Kg Bangas) dan Pebi Pitri Anasari Henrizal (berada di Indonesia) telah mewakili #TeamG2 sebagai jurucakap menyampaikan idea, pendapat dan cadangan.

#ARPRM #DofE #DoE #MAGAA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)