Halaman

Selasa, 10 Ogos 2021

[807] Young Minds : Time to Act

15 ORANG #TeamG2 SERTAI FORUM 'YOUNG MINDS : TIME TO ACT'

6 Ogos 2021 -  Persatuan Kesedaran & Sokongan Penyakit Mental (MIASA) Malaysia denagn kerjasama Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan sesi forum dalam talian 'Young Minds : Time To Act' hari ini menerusi platform Zoom Meeting.

Hampir 120 orang dari seluruh negara menyertai forum ini termasuk 15 orang peserta dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.

Ia telah dirasmikan oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Turut bersama adalah Dato' Dr Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara.


















Forum ini mengulas mengenai peranan anak muda dalam masyarakat dan bagaimana mereka boleh mengambil langkah utama ke arah minda sihat. Ia telah dimoderatorkan oleh Dr Noremy Md Akhir, Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tiga orang ahli panel telah mengambil bahagian. Mereka adalah Puan Anita Abu Bakar (Pengasas dan Presiden, Persatuan Kesedaran & Sokongan Penyakit Mental (MIASA) Malaysia), Ustaz Mohd Noor Deros (Naib Presiden 2, Persatuan Kesedaran & Sokongan Penyakit Mental (MIASA) Malaysia) dan Dr Hazli Zakaria (Presiden MPA, Pakar Psikiatri di Klinik Pakar Alaminda).

Forum ini diadakan sempena Pelancaran Projek Rintis Kesihatan Mental Anak Muda yang dilaksanakan oleh persatuan berkenaan bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Syabas dan tahniah kepada semua yang menyertai forum tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)