Halaman

Sabtu, 21 Ogos 2021

[819] Bual Bicara ARPRM Bersama Hairul Asraf Abas

ARPRM BEZAKAN DIRI DENGAN YANG LAIN, IA SATU ELEMEN TAMBAH NILAI

SABTU, 21 Ogos - "Saya bersama Persatuan saya iaitu Persatuan Belia G2 Felda Pemanis melaksanakan projek kesukarelaan : Kebajikan, Pendidikan dan Alam Sekitar. Saya memulangkan kembali, bermula dari menerima ilmu dari abang dan kakak senior saya sehinggalah saya memberi semula kepada adik - adik bawahan. Ia umpama roda, gantian dan menyumbang kembali."

Demikian buah butir yang dilontarkan oleh Hairul Asraf Abas ketika sesi Bual Bicara : Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) anjuran Sekretariat Rakan Muda (SRM) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pagi tadi.


Asraf, penerima Emas ARPRM 2019 yang juga Felo Perdana 2020 kepada Menteri Kanan Pertahanan (kini Perdana Menteri ke 9) mengisi ruang sejam di program E-Fest : Youth4Youth yang diadakan secara dalam talian selama 3 hari menerusi platform Cisco Webex. Ia juga disiarkan secara langsung menerusi rangkaian media sosial UMT. Lebih 400 orang mengikuti sesi berkenaan.

"Penerima Tahap Emas ini biasanya dipandang tinggi, kerana mereka memiliki ilmu, berkredibiliti, berprofil tinggi, berpengetahuan dan berpengalaman.

"ARPRM ini membezakan kita dengan orang lain. Ia suatu elemen tambah nilai," tegas Timbalan Yang DiPertua MPP UMT ini lagi.





















Asraf, bakal ke tahun akhir dalam Sarjana Muda Pengurusan (Pengajian Polisi) berganding bersama Ram Kumar, Ikon Sukarelawan dan penerima Tahap Emas 2018 yang kini sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana (Master).

Program adalah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) menerusi Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM). 

#ARPRM #TeamG2 #DoE #DofE #SekolahJalanan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)