Halaman

Rabu, 25 Ogos 2021

[825] Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) : Gemas Baru

#VaksinDalamBas - Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) : Gemas Baru - Dos Pertama

GEMAS BARU, 25  Ogos - Seramai empat orang dari Pasukan Sukarelawan #TeamG2, di mana 3 orang dari projek MyVAC telah membantu perjalanan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) di Dewan Serbaguna, Gemas BaruMOVAK merupakan  satu inisiatif untuk menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.





















































Menerusi MOVAK, terdapat 3 unit utama iaitu  Unit Panggilan, Unit Mobilisasi dan Unit Tindakan Komuniti.

Untuk dos pertama dari jenama Pfizer hari ini, lebih 120 penerima vaksin dari sekitar taman, ladang dan estet sekitar Gemas Baru telah mendapat manfaat. 

MOVAK digerakkan oleh sukarelawan dari Kawasan Rukun Tetangga dan dibantu oleh sukarelawan MyVAC dan Southern Volunteers. Di samping itu, pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan juga turut sama membantu selain Kementerian Kesihatan Malaysia yang menjadi tulang belakang dalam proses pemberian suntikan vaksin COVID - 19 ini.

#MOVAK #MyVAC #SouthernVolunteers #VaksinDalamBas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)