Halaman

Isnin, 30 Ogos 2021

[833] Webinar ARPRM Siri 5 - Life After Gold

ZOOM MEETING, 30 Ogos - Seramai 23 orang dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menyertai Webinar ARPRM Siri 5 - Life After Gold yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Belia Emas Perdana Malaysia (MAGAA) pagi ini.

Program sejam dalam talian itu disertai oleh kira - kira 170 orang peserta dari seluruh negeri di Malaysia.

Ia menampilkan 3 orang Pemenang Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Kategori Emas Remaja Perdana iaitu Ravi (2014), Sam (2016) dan Potter (2017) bersama moderator Felix Tiew.




























Kesemua panel dan moderator juga merupakan pemegang Emas ARPRM.

Dalam perkongsian tersebut, panel telah bercerita berkenaan sumbangan, peranan dan apa yang harus dimainkan oleh alumni ARPRM. Mereka juga berkongsi berkenaan kriteria untuk dinobatkan sebagai pemenang APBN - Emas Perdana.

Sesi juga disertai oleh Pegawai - Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Pemimpin, Jurulatih dan Penilai Program ARPRM selain alumni Emas dan peserta semua tahap ARPRM.

Abdul Razak Rahim, peserta dari #TeamG2 menjadi salah seorang yang memenangi hadiah menerusi sesi webinar tersebut.

Tahniah kepada BPRM dan MAGAA, juga semua peserta yang mengambil bahagian hari ini.

Jumpa lagi Siri 6 akan datang.

#ARPRM #DofE #DoE #LifeAfterGold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)