Halaman

Isnin, 27 September 2021

[882] Indeks Belia Malaysia 2021 : Bersama Pegawai Belia dan Sukan

SEGAMAT, 27 September - Satu sesi pertemuan dengan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus telah diadakan oleh kumpulan enemurator Indeks Belia Malaysia 2021 (IBM 21) petang tadi bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Perjumpaan ini untuk memaklumkan secara rasmi kepada Pegawai Belia dan Sukan bahawa kumpulan ini akan mula melaksanakan kerja lapangan IBM 21 bermula esok, 28 September 2021 selama 10 hari.

Tiga orang enemurator IBM 21 yang telah dilantik oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (Institute for Youth Reseach Malaysia - IYRES), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk daerah Segamat adalah Suria Sipon, Kadem Abdul Kahar dan Mohd Khairul Izuan Abd Aziz.

Dalam pertemuan itu, Kadem Abdul Kahar mewakili enemurator telah memberikan penjelasan kepada Encik Maizatul berhubung mekanisme pelaksanaan IBM 21 dan perkara - perkara berkaitan responden seperti bilangan, pecahan gender / umur / kaum / tahap, demografi dan lokaliti.
















Encik Maizatul juga berhajat untuk mengambil peluang bersama - sama dengan enemurator pada salah satu hari sepanjang pelaksanaan kerja lapangan bagi melihat dan merasai sendiri bagaimana enemurator menjalankan peranan mereka.

Menerusi kerja lapangan ini, setiap enemurator perlu mendapatkan maklumbalas menerusi 180 soalan merangkumi 6 domain melibatkan 30 orang belia, sebagaimana pecahan demografi dan lokaliti yang diberikan oleh IYRES.

Terima kasih diucapkan kepada IYRES, khususnya Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dr. Vellapandian Ponnusamy dan para pegawai IYRES di atas kepercayaan untuk melaksanakan kerja - kerja lapangan IBM 21 bagi daerah Segamat.

Selamat bertugas kepada semua enemurator.

#IYRES #IPPBM #IBM21 #ResearchMatters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)