Halaman

Rabu, 13 Oktober 2021

[916] Program Dalam Talian : Komuniti Bebas Dadah

PROGRAM KOMUNITI BEBAS DADAH “TINDAKAN TERHADAP PESALAH GUNA DADAH & PENGEDAR DADAH”

ZOOM MEETING, 13 Oktober 2021 - Seramai 10 orang ahli Persatuan Belia G2 Felda Pemanis pagi ini menyertai program dalam talian 'Komuniti Bebas Dadah - Tindakan Terhadap Pesalah Guna Dadah dan Pengedaran Dadah'.

Program adalah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Segamat khusus untuk komuniti Felda Pemanis.

Seramai lebih kurang 45 orang peserta menyertai program yang dijalankan menerusi platform Zoom Meeting tersebut. Ia berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Turut bersama adalah pimpinan komuniti Felda Pemanis.

Menurut kenyataan AADK Segamat dalam hebahan promosinya, program diadakan dengan 3 tujuan iaitu :

1. Menyebarkan info tentang penyalahgunaan dadah.

2. Meningkatkan kefahaman pengetahuan dan kesedaran dalam kelompok masyarakat mengenai kesan penyalahgunaan dadah.

3. Memperkasakan peranan masyarakat dalam menangani pemasalahan penyalahgunaan dadah.



































Sesi dikendalikan oleh dua orang panel yang dijemput datangnya dari AADK Segamat dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Segamat. Sesi kuiz Kahoot dan cabutan bertuah juga turut diadakan.

Terima kasih AADK Segamat di atas program yang sangat bermanfaat ini. Semoga kita semua dapat memelihara komuniti kita dari dadah yang durjana ini.

#DADAHTERKAWAL2025

#LEBIHBAIKCEGAH

#TAKPERLUSTIMGUYS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)