Halaman

Rabu, 3 November 2021

[947] Sukarelawan Prihatin COVID - 19 Zon Pogoh

TAMAN PELANGI, 3 November - Tiga orang sukarelawan #TeamG2 hari ini membantu Ahli Majlis Perbandaran Segamat (MPS) - Zon Pogoh, Encik Zaini Ahmad untuk menguruskan sumbangan kebajikan Prihatin COVID - 10 zon berkenaan.

Seramai 60 orang keluarga, majoriti kaum India, telah diberikan sumbangan oleh MPS menjelang sambutan Deepavali. Kaum lain juga turut sama diberikan sumbangan. Sebahagian sumbangan disampaikan di Dewan Taman Pelangi manaka ada beberapa sumbangan yang disampaikan di rumah penerima.

Sukarelawan yang membantu hari ini adalah Mustakim, Kadem dan Siti Hajar. Mereka menguruskan penerima dan barang - barang sumbangan. Siti Hajar juga dalam usaha untuk melengkapkan keperluan tugasan bagi aktiviti kokurikulum beliau di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).




























































Tahniah kepada Ahli Majlis MPS, Majlis Perbandaran Segamat, semua penerima sumbangan dan sukarelawan yang terlibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)