Halaman

Khamis, 30 Disember 2021

[963] Kursus Pengurusan Organisasi Virtual - Badan Operasi ARPRM

ZOOM MEETING, 28 Disember - Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM) telah mengadakan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Virtual untuk Badan Operasi ARPRM bermula hari ini.

Sebanyak 10 buah Badań Operasi ARPRM terlibat yang dibahagikan kepada 3 hari. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, salah satu dari 10 Badan Operasi tersebut menjadi pemula dan pembuka kepada KPO ini.


Untuk hari pertama ini, selain #TeamG2, dua lagi BO yang terlibat adalah Persatuan Belia DInamik Barat, Seremban dań Pergerakan Belia Inspirasi, Kuala Lumpur.


Seramai 35 orang peseta dari BO #TeamG2 telah menyertai program di dalam talian ini yang bermuda dari jam 08.30 pagi dan berakhir kira - kira jam 1.00 petang. Keseluruhannya, kira - kira 55 orang peserta telah mengikuti KPO Virtual hari ini.






































Antara modul yang dipelajari adalah Kepimpinan, Penulisan (surat, fail, rekord, kertas kerja, pelaporan) dan Kewangan. Para penceramah terdiri dari pemimpin dan bekas pemimpin Majlis Belia Malaysia.


Terima kasih diucapkan kepada KBS dan Majlis Belia Malaysia di atas inisiatif penganjuran KPO Virtual khas untuk BO ARPRM. Tahniah kepada semua peserta yang telah mengikuti dan menjayakan kursus hari ini.


#ARPRM #KPO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)