Halaman

Ahad, 16 Januari 2022

[975] Sukarelawan Pengurusan Sumbangan Untuk Misi Khas 4 Buah Kampung Terputus Hubungan

SEGAMAT, 7 Januari - Dua orang sukarelawan #TeamG2 iaitu Mohammad Faiz dan Suria Sipon telah bersama - sama JPKD Kemelah dan sukarelawan lain bagi misi menyampaikan sumbangan untuk empat buah kampung di sepanjang Sungai Chodan yang terputus hubungan kerana banjir.

Dalam misi yang diketuai oleh Datuk Dr Haji Baharum Mohamed ini, sebanyak 16 buah bot telah digunakan bagi membawa pelbagai barangan dan sukarelawan.

Mereka telah singgah di Kampung Bukit Senggir, Kampung Bukit Limau Manis, Kampung Chodan dan Kampung Tekam. Ia melibatkan pemberian sumbangan untuk 210 buah keluarga.

















































































Tahniah kepada semua sukarelawan yang membantu dan berkhidmat untuk komuniti.

#SegamatBanjir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)