Halaman

Sabtu, 12 Februari 2022

[984] Permohonan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2022

#TeamG2 mempertaruhkan empat orang aktivisnya untuk berjuang dalam permohonan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2022 yang diuruskan oleh Unit Intergrasi dan Pengantarabangsaan, Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Mereka adalah Mustakim Abdul Kahar, Hairul Asraf Abas, Mohd Faiz Ahmad dan Siti Hajjar Ahmad. Masing - masing sama ada graduan Ijazah mahupun mahasiswa Ijazah Sarjana Muda. 

Permohonan secara dalam talian ditutup hari ini. Ia berkehendakkan pemohon melengkapkan permohonan dengan menjawab beberapa soalan juga melampirkan esei dalam Bahasa Inggeris dan resume terkini.














Untuk rekod, menerusi program pengantarabangsaan sama ada menerusi KBS mahupun kedutaan asing, G2 pernah terbang ke India, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Thailand.

Semoga berjaya ke peringkat seterusnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)