Halaman

Khamis, 5 Mei 2022

[1,011] Pengurusan Agihan Beras - Bantuan Kasih Bangsa Johor

Pengurusan Agihan Beras - Bantuan Kasih Bangsa Johor - Terima Kasih Kerajaan Negeri Johor 

BANDAR UTAMA, 26 April - Kerajaan Negeri Johor memulakan inisiatif untuk mengedarkan 10kg beras kepada setiap Ketua Isi Keluarga dalam negeri Johor, sebagaimana terkandung di dalam Bantuan Kasih Bangsa Johor. Tidak ketinggalan adalah daerah Segamat menerusi kawasan - kawasan DUN.

Seramai 11 orang sukarelawan dari #TeamG2 membawa nama Pengggerak  Southern Volunteer DUN terlibat dalam projek agihan beras ini.

Satu sesi taklimat yang dikendalikan oleh Encik Khairul Najid, Setiausaha SV Daerah Segamat telah diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Muafakat, Bandar Utama. 

Ia kemudian diikuti dengan pengurusan beras - beras untuk diagihkan menerusi kawasan DUN.

Projek agihan beras ini akan berlangsung dari 27 - 30 April dan 8 - 26 Mei, selama 24 hari.

Terima kasih Kerajaan Johor dan tahniah semua sukarelawan SV.

#SouthernVolunteer


































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)