Halaman

Isnin, 19 Disember 2022

[1,076] Prolog Sistem ARPRM Peringkat Negeri Johor

 ARPRM MELANGKAH KE DUNIA DIGITAL, TINGGALKAN CATATAN MANUAL BUKU REKOD

TANGKAK, 18 Jun - Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang kini berusia lebih 20 tahun mengorak langkah besar dengan memperkenalkan sistem perekodan secara dalam talian. 

Untuk itu, diadakan sesi bengkel latihan menerusi Program Prolog Sistem ARPRM yang menjelajah ke semua negeri, termasuk Johor hari ini di Kolej Komuniti Ledang, Tangkak.

Ia dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Seramai 45 orang peserta menghadirinya terdiri dari Pegawai Belia dan Sukan, Pemimpin Badan Operasi, Mentor, Peserta Tahap Emas dan guru sekolah.

G2 menurunkan lima orang wakil : Kamsari Subroto, Izuan Aziz, Razak Rahim dan Aniq Amsyar Putra bersama Ketua Mentor iaitu Mizam Rahim. 


Menerusi sistem ini, pengurusan Badan Operasi akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya. Para peserta semua tahap juga akan merekod aktiviti mereka menerusinya. Pemimpin, Mentor, Jurulatih dan Penilai akan menyemak dan mengesahkan log peserta juga secara dalam talian.

Seluruh proses ini dirangkaikan dari peserta, Badan Operasi, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Jabatan pada peringkat negeri dan Kementerian. Ia merupakan satu lonjakan besar dalam ARPRM di Malaysia.

Program dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan dikendalikn oleh Penolong Pengarah Rakan Muda KBS. 

Program ARPRM adalah sebahagian dari keluarga program induk The Duke of Edinburgh’s International Award yang diasaskan dan berpangkalan di United Kingdom.

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merupakan salah satu Badan Operasi yang diberikan tauliah atau lesen oleh Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan untuk melaksanakan program ini.

#TeamG2 #ARPRM #DoE #DofE #BungaBangsa















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)