Halaman

Isnin, 19 Disember 2022

[1,085] Projek Sukarelawan Pendidikan - Perbincangan SMK LKTP Pemanis

PROSES, KEMENJADIAN DAN BUDAYA AKADEMIK - PROJEK SUKARELAWAN PENDIDIKAN KEMBALI PASCA DUNIA DIBADAI COVID - 19

FELDA PEMANIS, 4 Julai - Proses dalam penghasilan sesuatu, hasil yang dinatijahkan menerusi kemenjadian proses dan pembudayaan akademik adalah antara intipati hasil pertemuan lebih dua jam di antara Pasukan Sukarelawan Pendidikan #TeamG2 bersama Pengetua SMK Pemanis, Dr Abdullah Zawawi pagi ini.

Dalam pertemuan itu, Pengetua juga menzahirkan idea, pandangan, nilai dan wawasan yang beliau bawa untuk pentabdbirannya di sekolah tersebut.

“Sesuatu itu harus bermanfaat pada orang lain. Kalau nak tambah ilmu dan nak perbaiki diri, kita kena keluar melihat orang lain. 

Belajar dari pengalaman. Kemudian ambil amalan terbaik dari apa yang kita jumpa. Yang tak baik jadikan pengajaran sempadan,” jelas beliau lagi.


Pasukan Sukarelawan Pendidikan #TeamG2 hari ini secara rasmi bertemu Pengetua untuk Projek Sukarelawan Akademik yang bakal dilaksanakan, menjurus kepada para pelajar kelahiran 2005 sebagai persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Secara teknikalnya, projek ini kemudian diperhalusi bersama GPK (HEM), Puan Hajah Radziah.

Projek Sukarelawan Pendidikan kembali setelah dua tahun terkekang dek badai COVID - 19 dengan fokus SPM sebagai satu - satunya peperiksaan awam kebangsaan yang menjadi mekanisme pengukuran dan penilaian pelajar sekolah.

Ia bakal dilaksanakan bermula bulan Julai ini melibatkan aktivis pendidikan #TeamG2. 

#BungaBangsa #SukarelawanPendidikan #Batch05
































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)