Halaman

Rabu, 21 Disember 2022

[1,103] Bengkel Intervensi Matematik - Sesi 1 SMK Tenang Stesen

 BENGKEL INTERVENSI MATEMATIK

Hari 2 - Sesi 1 - SMK Tenang Stesen

Projek Sukarelawan Pendidikan

SMK TENANG STESEN, 25 Julai - Projek Sukarelawan Pendidikan hari kedua diteruskan dengan Bengkel Intervensi Matematik SPM 2022 setelah tidak dapat dilaksanakan pada tahun lepas.

Hari 2 Sesi 1 diadakan di SMK Tenang Stesen.

Seramai 11 orang sukarelawan tutor dan 2 orang sekretariat terlibat untuk sesi dalam kumpulan kecil bersama pelajar yang bakal menduduki SPM. ‘Coaching’ dan tutorial latihan merupakan pendekatan yang diambil. 


Tutor berkhidmat hari ini adalah Shahira, Aliah, Iffah, Shahilah, Norezan, Ainun Assri, Izuan, Zulfahmi, Syazrul, Anees dan Zulhafiz. Manakala sekretariat adalah Mizam dan Adim.

Sesi dimulakan dengan amanat pembukaan oleh Tuan Haji Muzaffar Shah Ghazali, Pengetua. Manakala ia ditutup dengan refleksi dan maklumbalas ringkas bersama Cikgu Lai, GKMP Sains dan Matematik.

Bengkel akan berlangsung sehingga hujung September melibatkan dua buah sekolah.

#TeamG2 #SukarelawanPendidikan #BungaBangsa


















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)