Halaman

Rabu, 21 Disember 2022

[1,107] Bengkel Intervensi Matematik - Sesi 2 SMK Tenang Stesen

BENGKEL INTERVENSI MATEMATIK

Hari 3 - Sesi 2 - SMK Tenang Stesen

Projek Sukarelawan Pendidikan

SMK TENANG STESEN, 1 Ogos - Projek Sukarelawan Pendidikan hari ketiga diteruskan dengan Bengkel Intervensi Matematik SPM 2022 setelah tidak dapat dilaksanakan pada tahun lepas.

Hari 3 Sesi 2 diadakan di SMK Tenang Stesen.

Seramai 6 orang sukarelawan tutor dan seorang sekretariat terlibat untuk sesi dalam kumpulan kecil bersama pelajar yang bakal menduduki SPM. ‘Coaching’ dan tutorial latihan merupakan pendekatan yang diambil. 


Tutor berkhidmat hari ini adalah Irfan Abdullah, Aliah, Khairul Irfan Idris, Syazrul, Anees dan Zulhafiz. Manakala sekretariat adalah Mizam.

Sesi dipantau oleh Cikgu Lai, GKMP Sains dan Matematik sekolah berkenaan.

Bengkel akan berlangsung sehingga hujung September melibatkan dua buah sekolah.

#TeamG2 #SukarelawanPendidikan #BungaBangsa








































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)