Halaman

Khamis, 22 Disember 2022

[1,152] Bengkel Intervensi Matematik - SMK Tenang Stesen : Sesi 7

BENGKEL INTERVENSI MATEMATIK

Hari 11 - Sesi 7 - SMK Tenang Stesen

Projek Sukarelawan Pendidikan

SMK TENANG STESEN, 19 September - Projek Sukarelawan Pendidikan hari kelima diteruskan dengan Bengkel Intervensi Matematik SPM 2022 setelah tidak dapat dilaksanakan pada tahun lepas.

Hari 11 Sesi 7 diadakan di SMK Tenang Stesen.

Seramai 6 orang sukarelawan tutor dan dua orang sekretariat terlibat untuk sesi dalam kumpulan kecil bersama pelajar yang bakal menduduki SPM. ‘Coaching’ dan tutorial latihan merupakan pendekatan yang diambil.


Tutor berkhidmat hari ini adalah Aliah, Irfan Abdullah, Izuan Aziz, Anees, Norshahira Isa dan Auni Batrisya. Manakala sekretariat adalah Mizam dan Adim.

Bengkel di sekolah ini akan tamat minggu hadapan.

#TeamG2 #SukarelawanPendidikan #BungaBangsa #Math #IloveMath #IhateMath #MathIsFun





















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)