Halaman

Khamis, 22 Disember 2022

[1,155] Rentas Anak Muda Bersama Menteri Besar Johor

BERKONGSI KISAH SUKARELAWAN PENDIDIKAN DI HADAPAN MENTERI BESAR

SEGAMAT, 26 September – Pasukan Projek Sukarelawan Pendidikan #TeamG2 hari ini diberikan peluang untuk berkongsi kisah dan perjalanan program ini di hadapan YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.

Mohd Irfan Abdullah, mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam di UKM dan Mohd Khairul Izuan Abd Aziz, mahasiswa Perakaunan di UMT tampil dengan perkongsian yang turut didengar oleh 750 orang tetamu di Dewan Serbaguna, Jalan Genuang.

Sesi yang diberi nama Rentas Anak Muda – Golongan Profesional, Graduan dan Mahasiswa ini diatur sebagai sebahagian dari pengisian Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Johor ke Parlimen Sekijang.


Turut bersama mengikuti perkongsian itu adalah YB Cik Norliza Noh, Pengerusi Jawatan Kuasa Pendidikan dan Penerangan, Kerajaan Negeri Johor, YB Ahli – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Pegawai Daerah Segamat, YB ADUN Pemanis dan YB ADUN Kemelah.

Terima kasih kepada Datuk Dr Haji Baharum Mohamed, Ketua UMNO Bahagian Sekijang merangkap Pengerusi Barisan Nasional Sekijang yang percaya dan memberikan ruang untuk anak – anak muda profesional, graduan dan mahasiswa.

Tahniah buat Irfan, Izuan dan semua sukarelawan yang telah bersama menjayakan Projek Sukarelawan Pendidikan sepanjang hampir 20 tahun, melibatikan 13 buah sekolah, lebih 100 orang sukarelawan dengan pelbagai impak untuk daerah Segamat.








































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)