Halaman

Khamis, 22 Disember 2022

[1,170] Mesyuarat Program Semarak Uniti Kementerian Perpaduan Negara

MESYUARAT PROGRAM SEMARAK UNITI KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA

SEGAMAT, 21 Disember - Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah bersama di dalam Mesyuarat Program Semarak Uniti yang bakal dianjurankan oleh Pertubuhan Kebajikan Prihatin Segamat dan Kementerian Perpaduan Negara. Mesyuarat tersebut telah  diadakan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Kuari.

Mesyuarat yang dihadiri oleh semua KRT dalam Bahagian Sekijang, beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan dan kumpulan itu telah dipengerusikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Segamat . Manakala perbincangan teknikal selepas itu telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Suhaimi, Bendahari Pertubuhan Kebajikan Prihatin Segamat. Beberapa pengagihan tugas dan tanggungjawab telah diputuskan menerusi mesyuarat.

Ia turut dihadiri oleh Polis Daerah Segamat dan Pejabat Kesihatan Daerah Segamat.

Program Semarak Uniti akan diadakan dalam waktu terdekat ini. Pertubuhan Kebajikan Prihatin Segamat adalah penganjur program tersebut yang mendapat sokongan dari Kementerian Perpaduan Negara. Pelbagai pengisian dijangka akan dilaksanakan menerusi program itu.

#SemarakUniti

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)