Halaman

Ahad, 8 Januari 2023

[1,187] 'Futsal Adalah Cinta Saya'

‘Futsal Adalah Cinta Saya’ 

“Dengan menendang bola dalam gelanggang futsal, ia melepaskan semua tekanan yang wujud dalam diri saya.”

“Futsal adalah cinta saya,” tegas Mohd Khairul Izuan Abd Aziz, yang begitu ghairah terhadap futsal semenjak di bangku sekolah hingga ke universiti.

Izuan, mahasiswa Ijazah Perakaunan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meneruskan hobi dan cintanya itu terhadap futsal dengan menjadikannya riadah rutin. Beliau dan rakan - rakan juga menyertai beberapa kejohanan yang diadakan di universiti Pantai Timur itu.

“Kita kena ada mekanisme helah bela diri dalam hidup. Untuk saya, futsal adalah mekanisme itu,” ujar beliau lagi.

Izuan adalah Pemegang Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) - The Duke of Edinburgh’s International Award (DofE) United Kingdom yang ditauliahkan pada tahun 2022. 

Keseimbangan antara akademik, sukan dan kerja - kerja kesukarelaan dalam dan luar universiti menjadikan beliau antara remaja yang holistik dan disediakan untuk kalis masa hadapan.

#BungaBangsa #TeamG2 #TheSurvivor #GoldStandard











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)