Halaman

Jumaat, 3 Februari 2023

[1,198] Khidmat Komuniti Pasca Bencana Banjir 2023

KG SEBERANG BATU BADAK, 2 Februari - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (JBSJ) hari ini menganjurkan Khidmat Komuniti Pasca Bencana Banjir bertempat di Kg Seberang Batu Badak, Segamat.

Ia disertai oleh Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di samping pegawai - pegawai JBSJ sendiri. Sukarelawan telah membantu membersihkan dua buah rumah.

Di samping itu, program pagi ini juga melibatkan Southern Volunteers (SV) Daerah Segamat.

Turut bersama adalah Tuan Pegawai Daerah Segamat, Tuan Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Tuan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Segamat, Penolong Pengarah Rakan Muda JBSJ, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Penghulu Mukim Gemereh.

Sukarelawan #TeamG2 seramai 6 orang telah turut serta membantu dan menjayakan program. Terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat.

#KhidmatKomuniti #Service #PascaBanjir

















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)