Halaman

Selasa, 14 Februari 2023

[1,204] Program Kepimpinan Pemimpin Cilik SK (FELDA) Pemanis 2

70 MURID SKPD IKUTI PROGRAM KEPIMPINAN PEMIMPIN CILIK

FELDA PEMANIS 2, 12 Februari - Seramai 70 orang murid Sekolah Kebangsaan (FELDA) Pemanis 2 (SKPD) telah mengikuti Program Kepimpinan Pemimpin Cilik yang dianjurkan Badan Disiplin dan Pengawas dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Mereka terdiri dari Students Leader Board, Pengawas, PSS dan pemimpin pelajar.

Program berlangsung dari jam 8.00 pagi dan tamat jam 1.00 petang dengan perasmian penutup oleh Tuan Haji Rosli, Guru Besar SKPD. 

Slot pertama telah diisi oleh Polis DiRaja Malaysia manakala slot kedua dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari diisi oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.

Menerusi slot kedua dengan tema Keyakinan Diri Dalam Kepimpinan, tujuh orang fasilitator #TeamG2 telah melaksanakan tiga Latihan Dalam Kumpulan. Ia menjurus kepada aktiviti meransang minda kepimpinan, kreativiti, keyakinan diri, pengucapan awam dan pengurusan tugasan.

Fasilitator #TeamG2 kali ini dibarisi oleh Mohd Asmarul Irfan Jalil (mahasiswa Sarjana Muda Perakaunan, UiTM), Hairul Asraf Abas (graduan Sarjana Muda Pengajian Polisi, UMT), Mustakim Abdul Kahar (graduan Sarjana Muda Pengurusan Maritim, UMT), Norfarina Basri (graduan Sarjana Muda Pengurusan Pejabat, UiTM), Nurul Asyikin Basri (mahasiswa Sarjana Muda Sains Bioperubatan, UM), Mohd Faiz Ahmad (graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa, UNITEN) dan Mohd Shahrizan Hariuzanie (pelajar STPM Semester 3, STS). 

Terima kasih kepada Guru Besar, Guru - guru Penolong Kanan, Guru Penyelaras, guru - guru dan para murid yang telah memberikan peluang dan kerjasama sepanjang pelaksaan slot di dalam program ini. Semoga kita dapat melahirkan pemimpin dengan melentur mereka semenjak rebung.

Dari Lembah Kita Lahirkan #BungaBangsa

#20TahunSukarelawanPendidikan

#InklusivitiPendidikan













































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)