Halaman

Jumaat, 3 Mac 2023

[1,213] Part 1 : Perkhemahan Southern Volunteers - Empower Yourself

SEBELAS PESERTA #TeamG2 IKUTI PERKHEMAHAN SOUTHERN VOLUNTEERS

SUNGAI BANTANG, 26 - 28 Februari - Seramai 11 orang peserta dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menyempurnakan Perkhemahan Southern Volunteers - Empower Yourself yang diadakan di Taman Eko Rimba, Sungai Bantang. 

Program pembentukan karektor remaja itu dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor menerusi Majlis Sukan Negeri Johor dan Pusat Pembangunan Belia Johor Daerah Segamat dan Tangkak. Ia mendapat kerjasama menerusi Pejabat Hutan Daerah Johor Utara.

Selama 3 hari 2 malam, peserta telah menjalani pelbagai modul meliputi asas survival, kraf perkhemahan, pertolongan cemas, jelajah hutan dan pelbagai lagi. Mereka juga mempelajari kepentingan hutan dan menghargai kepelbagaian biodiversiti. 






Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Encik Hafizuddin Abd Jalil, Penolong Pegawai Daerah Segamat. 

Sebelas peserta ARPRM #TeamG2 terdiri dari seorang peserta Tahap Emas (yang hari sebelumnya menyempurnakan OMJ @ Peak Hunters Gunung Belumut anjuran yang sama), 3 Tahap Perak dan 7 Tahap Gangsa.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor, MSNJ dan JOYDEC. Tahniah kepada semua peserta yang telah menyempurnakan program.

#BungaBangsa #TheBonding


















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)