Halaman

Ahad, 11 Jun 2023

[1,258] #Emas34 : Penyediaan Laporan dan Penilaian Dalaman

#Emas34 : PENYEDIAAN LAPORAN DAN SESI PENILAIAN DALAMAN ARPRM TAHAP EMAS 

FELDA PEMANIS, 1 - 3 Jun : Shafiqah Irdina Hairolzamri, 20 tahun melengkapkan kerja - kerja pelaporan untuk program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) - The Duke of Edinburgh’s International Award (DofE) selama 3 hari secara intensif.

Irdina kemudiannya melalui proses penilaian di bawah bimbingan Mentor ARPRM iaitu Encik Mizam. Seorang lagi Mentor beliau adalah Encik Azizi yang menyemak perekodan Irdina dalam Bahasa Inggeris.

Sesi Refleksi Tahap Emas kemudiannya dikendalikan oleh Kamsari Subroto, salah seorang pemegang ARPRM Tahap Emas.


Irdina melengkapkan lima komponen ARPRM sebagaimana disyaratkan, sebagaimana butiran berikut :

1. Khidmat Masyarakat, 169 jam, 13 bulan 16 hari

2. Kemahiran, 72 jam, 12 bulan 9 hari

3. Rekreasi Fizikal, 13 bulan 9 hari, 71 jam

4. Jelajah Lasak, 4 hari 3 malam, 64 jam

5. Projek Penempatan, 5 hari 4 malam, 67 jam

Tahniah diucapkan kepada Irdina. 

#Emas34 #TeamG2 #ARPRM #BungaBangsa






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)