Halaman

Ahad, 11 Jun 2023

[1,260] #Emas34 : Penyerahan Laporan di Kementerian Belia dan Sukan

 #Emas34 : PENYERAHAN LAPORAN ARPRM EMAS DI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 8 Jun : Shafiqah Irdina Hairolzamri, 20 tahun menyerahkan laporan Tahap Emas untuk program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) - The Duke of Edinburgh’s International Award (DofE) di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Ia telah diterima oleh Pun Nurashiqin M Ali, Penolong Pengarah (Rakan Muda). 

Beliau melaksanakan program di bawah bimbingan Mentor ARPRM iaitu Encik Mizam. Seorang lagi Mentor beliau adalah Encik Azizi Abd Rahim yang menyelia perekodan dalam Bahasa Inggeris.


Irdina melengkapkan lima komponen ARPRM sebagaimana disyaratkan, sebagaimana butiran berikut :

1. Khidmat Masyarakat, 169 jam, 13 bulan 16 hari

2. Kemahiran, 72 jam, 12 bulan 9 hari

3. Rekreasi Fizikal, 13 bulan 9 hari, 71 jam

4. Jelajah Lasak, 4 hari 3 malam, 64 jam

5. Projek Penempatan, 5 hari 4 malam, 67 jam

Tahniah diucapkan kepada Irdina. 

#Emas34 #TeamG2 #ARPRM #BungaBangsa









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)