Halaman

Isnin, 13 November 2023

[1,373] Majlis Pentauliahan ARPRM (Gangsa dan Perak) Negeri Johor 2023

 KOTA ISKANDAR, 13 November - Seramai 24 orang peserta dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis hari ini ditauliahkan Tahap Gangsa dan Perak menerusi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Ia diadakan di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Penerima dari #TeamG2 meliputi 13 orang Tahap Gangsa (Kohort 19) dan 11 orang Tahap Perak (Kohort 18).

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji On Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiusaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) selaku wakil rasmi kepada Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.

ARPRM merupakan program antarabangsa yang diadaptasi dari The Duke of Edinburgh’s International Award (DofE) berpangkalan di London, United Kingdom.

Ia memerlukan peserta memenuhi semua 4 komponen aktiviti (Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak) mengikut jumlah jam dan bulan yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa.

Tahniah kepada semua yang mencapai penarafan Gangsa dan Perak hari ini. Moga terus ke hadapan dengan mencabar diri untuk tahap seterusnya.

#BungaBangsa #20TahunSukarelawanPendidikan #ARPRM























































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)