Halaman

Khamis, 28 Disember 2023

[1,419] Kursus Pemimpin ARPRM UTHM

 KURSUS PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA UTHM 

PARIT RAJA, 28 Disember 2023 - Badan Operasi Pusat Kepimpinan dan Kompetensi, UTHM telah menganjurkan Kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertempat di Bilik Latihan Seri Teratai, Aras 1, Bangunan Pejabat Pendaftar. 

Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Armizam bin Abd Rahim, JK Operasi dan Teknikal ARPRM Kebangsaan yang dilaksanakan secara bersemuka melibatkan sesi ceramah dan penilaian. Ia turut dibantu oleh peserta Tahap Emas dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis iaitu Afiq Amsyar Putra, Siti Zurainie dan Mohd Muhd Hafiz Ahmad.

Kursus ini memberi penerangan berkaitan kaedah, peranan dan tanggungjawab badan operasi, pemimpin dan mentor.  Selain itu, bakal pemimpin belajar berkenaan  perlaksananaan program mengikut piawaian antarabangsa, kaedah perekodan dan penilaian yang betul serta penyeliaan secara “hands on” dalam melaksanakan komponen ARPRM berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan.



Sesi pra tonton (preview) Sistem ARPRM digital telah diterangkan oleh Siti Zurainie dan Hafiz. Manakala sesi perkongsian pengalaman ARPRM pula adalah bersama Afiq Amsyar Putra. Turut bersama memantau adalah Puan Norasyiqin M Ali (Penolong Pengarah), Kementerian Belia dan Sukan dan Prof Madya Dr Mustafa, Penasihat Kehormat Badan Operasi PKK UTHM. 

Para peserta kursus ini terdiri daripada 15 orang staf daripada Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, 12 orang staf UTHM, 2 orang staf KKTM Seri Gading, 1 orang staf Politeknik Merlimau Melaka serta 1 orang guru daripada SMK Munshi Sulaiman dan Sekolah Menengah Islam Hidayah Pasirris. 

#BungaBangsa #TeamG2 #RakanMuda #ARPRM





















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)