Halaman

Selasa, 28 Mei 2024

[1,516] Projek Penempatan 12 : ‘Flag Off’ Peserta Projek

SEGAMAT, 28 Mei 2024 - Malam ini 8 orang peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas dari #TeamG2 berlepas ke Dungun, Terengganu.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat. Turut bersama adalah Encik Hasdi, Pegawai Rakan Muda dan Encik Khairul Najid, Penyelaras Southern Volunteers Segamat.

Ia berlangsung untuk tempoh 29 Mei - 2 Jun 2024 bertempat di Dungun, Terengganu.

Siri 12 membawa tajuk Program Kesedaran Awam dan Kajian Saintifik Pemuliharaan Penyu dan Ekosistem Marin (Public Awareness and Scientific Research Programme on Turtle Conservation and Marine Ecosystem) menerusi Kluster Sains Hayat dan Sains Sosial.



Ia melibatkan 8 orang peserta Tahap Emas dibahagikan 2 kumpulan di 3 lokasi berkaitan iaitu : - Turtle Conservation and Information Centre - ⁠FRI Rantau Abang / Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin (TUMEC) dan Ma' Daerah Turtle Sanctuary. 

Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di atas kelulusan projek kali ini. Terima kasih juga Cawangan Konservasi Ekosistem dan Biodiversiti,  Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia di atas persetujuan jalinan kerjasama ARPRM Tahap Emas ini.

Ia sesungguhnya bakal sesuatu ya












ng mengujakan.

Jemput semua ke sana!

#ARPRM #BungaBangsa #TeamG2


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)