Halaman

Jumaat, 31 Mei 2024

[1,521] Hari 3 : Projek Penempatan ARPRM Tahap Emas Siri 12

 Hari 3 : Projek Penempatan ARPRM Emas Siri 12 

DUNGUN DAN KEMAMAN, 31 Mei - Hari ketiga diteruskan untuk semua 8 orang peserta ARPRM Tahap Emas. Aktiviti hari kedua ini berlangsung di dua lokasi dan dua daerah berasingan : Rantau Abang, Dungun dan Ma’Daerah, Kemaman. 



Antara aktiviti yang dilakukan hari ketiga adalah :

Permentoran 

- Sesi bersama Puan Umi Kalsom, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Kementerian Pengajian Tinggi

Lapangan Saintifik (Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu , Rantau Abang)

- Tugasan berkaitan di Pusat

- Pembersihan pantai Rantau Abang dengan mengasingkan sampah - sampah mengikut kategori

Lapangan Saintifik (Pusat Santuari Penyu Ma’Daerah)

- Refleksi terhadap tugasan yang dilaksanakan sepanjang malam

Lapangan Awam

- Pengurusan pelawat 

- Penerangan kepada pengunjung

Lapangan Kaji Selidik

- Mendapatkan responden untuk kaji selidik berkaitan konservasi penyu di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, sekitar Rantau Abang dan sekitar bandar Dungun

Projek Penempatan ARPRM Emas Siri 12 membawa tajuk Program Kesedaran Awam dan Kajian Saintifik Pemuliharaan Penyu dan Ekosistem Marin (Public Awareness and Scientific Research Programme on Turtle Conservation and Marine Ecosystem) menerusi Kluster Sains Hayat dan Sains Sosial.

Ia berlangsung di Dungun dan Kemaman, Terengganu.

Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di atas kelulusan projek kali ini. Terima kasih juga Cawangan Konservasi Ekosistem dan Biodiversiti,  Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia di atas persetujuan jalinan kerjasama ARPRM Tahap Emas ini.

#TeamG2 #PP12Dungun #TeamG2

















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)