Halaman

Selasa, 13 Ogos 2024

[1,576] KLD Tunas Samudera Voyage 476/24 - Pendaftaran Peserta

 24 ORANG MEMULAKAN KLD TUNAS SAMUDERA VOYAGE 476/24 (SKIM BELIA)

PUTRAJAYA, 13 Ogos - Seramai 24 orang hari ini melapor diri untuk memulakan Program Jatidiri Kapal Layar DiRaja (KLD) Tunas Samudera Voyage 476/24 (Skim Belia). Dari jumlah itu, 13 orang melapor diri di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia manakala 11 orang lagi di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Ini termasuklah Abdul Razak Abdul Rahim, 19 tahun dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang menjadi salah seorang dari 2 orang peserta dari Johor.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia menerusi Bahagian Pembangunan Belia dengan kerjasama Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Sesi Pra Pelayaran akan diadakan di Kem Rekreasi Intan Suraya, Sungai Siput, Perak dari 13 - 15 Ogos. Manakala pelayaran Lumut - Langkawi - Lumut dari 15 - 24 Ogos diikuti sesi pasca nilai dari 24 - 25 Ogos pula.

Semoga ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dipelajari akan dapat menjadikan diri lebih cemerlang dan memperkukuhkan nilai masa hadapan.

#TeamG2 #BungaBangsa #KLDTunasSamudera #Voyage476 

*** 

KLD Tunas Samudera (KLD merupakan singkatan kepada Kapal Layar Diraja) merupakan sebuah kapal latihan milik Tentera Laut Diraja Malaysia. 

Tunas Samudera telah dibina pada Disember 1988 di limbungan Brooke Yacth, Lowestoft United Kingdom. Ia kemudian dilancarkan pada bulan Ogos 1989 dan ditauliahkan pada ke dalam perkhidmatan TLDM pada bulan Oktober 1989. 

Peranan utama KLD Tunas Samudera adalah sebagai satu platfom bagi memberi asas-asas pengendalian kapal dan pelayaran.

KLD Tunas Samudera merupakan schooner bertiang layar dua, atau brigantine. KLD Tunas Samudera dibina oleh Brooke Yachts di Lowestoft, United Kingdom. Ia mula dibina pada tahun 1988, dilancarkan pada tahun 1989, dan dinamakan oleh Elizabeth II dan Yang di-Pertuan Agong. 

KLD Tunas Samudera merupakan kapal latihan perlayaran Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kapal ini direka oleh Colin Mudie dari JuruReka Diraja bagi Industri (Royal Designers for Industry), yang turut bertanggung-jawab bagi kapal saudara STS Young Endeavour (dikendali oleh Tentera Laut Diraja Australian), dan kapal layar INS Tarangini (Tentera Laut India) dan TS Lord Nelson.

Pada tahun 2007 dan 2008, KLD Tunas Samudera singgah di beberapa pelabuhan Eropah, termasuk Cherbourg dan Brest, Perancis, semasa pelayaran mengelilingi dunia, dengan awak-awak seramai 46 orang.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)