Halaman

Sabtu, 5 Oktober 2024

[1,512] 'Peluang Tidak Datang Setiap Tahun' - Abdul Razak Abdul Rahim, KLD Tunas Samudera Voyage 476/24

'Peluang Tidak Datang Setiap Tahun'

Oleh Abdul Razak Abdul Rahim, KLD Tunas Samudera Voyage 476/24
 
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua, saya Abdul Razak Bin Abdul Rahim merupakan anak jati Felda Pemanis, Segamat, Johor. Saya juga merupakan salah seorang daripada 24 orang pelatih yang mendapat peluang mengikuti program pelayaran KLD Tunas Samudera pada kali ini. Kini, saya berumur 19 tahun juga merupakan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Sarjana Muda Sains (Sains Sekitaran). Saya merupakan lepasan Sains Hayat, Kolej Matrikulasi Johor (KMJ).

Saya merupakan salah seorang belia yang bergiat aktif dalam Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Persatuan ini banyak memberikan jasa pada pembangunan hidup dan pencapaian diri saya. Saya telah mencapai Tahap Emas dalam ARPRM (Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda) @ The Duke of Edinburgh International Awards. Saya telah memohon program KLD Tunas Samudera ini di bawah nama Persatuan Belia G2 Felda Pemanis ini. Saya merupakan aktivitis kelima dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang menyertai KLD Tunas Samudera ini.
 
v Sejarah Kapal Layar Diraja Tunas Samudera
KLD Tunas Samudera (KLD merupakan singkatan kepada Kapal Layar Diraja) merupakan sebuah kapal latihan milik Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tunas Samudera telah dibina pada Disember 1988 di limbungan Brooke Yacth, Lowestoft United Kingdom. Ia kemudian dilancarkan pada bulan Ogos 1989 dan ditauliahkan pada ke dalam perkhidmatan TLDM pada bulan Oktober 1989.

Peranan utama KLD Tunas Samudera adalah sebagai satu platfom bagi memberi asas-asas pengendalian kapal dan pelayaran.

KLD Tunas Samudera merupakan schooner bertiang layar dua, atau brigantine. KLD Tunas Samudera dibina oleh Brooke Yachts di Lowestoft, United Kingdom. Ia mula dibina pada tahun 1988, dilancarkan pada tahun 1989, dan dinamakan oleh Elizabeth II dan Yang di-Pertuan Agong.


KLD Tunas Samudera merupakan kapal latihan perlayaran Tentera Laut Diraja Malaysia.
Program KLD Tunas Samudera Voyage 476/24 (Lumut – P.Pangkor – Lumut) ini merupakan program kerjasama di antara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan juga Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM). Program ini telah dilaksanakan pada 13-25 Ogos 2024.

Kapal Layar Diraja Tunas Samudera  merupakan satu-satunya kapal layar yang ada di Malaysia. Kapal layar latihan ini diwujudkan bertujuan untuk memberi peluang kepada para belia dan beliawanis negara mengikuti latihan pelayaran dan belajar kemahiran asas berkaitan pelayaran , mengenali dan menghayati serba sedikit tentang warisan maritim di samping menimba pengetahuan tentang kapal dan sebagainya. 

Program ini juga bertujuan meningkatkan kualiti kepimpinan belia , disiplin dalam diri belia serta sifat ukhuwah yang sejahtera di kalangan belia. Pendedahan kepada ilmu pelayaran seperti navigasi, kaji cuaca dan ilmu kelautan yang diberikan melalui program ini seterusnya akan melahirkan belia dan beliawanis yang berketrampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
 
v Kem Pra-Pelayaran (13 – 15 Ogos 2024)
13 Ogos 2024
§  Seramai 24 orang hari ini melapor diri untuk memulakan Program Jatidiri Kapal Layar DiRaja (KLD) Tunas Samudera Voyage 476/24 (Skim Belia). Dari jumlah itu, 13 orang melapor diri di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia manakala 11 orang lagi di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

§  Saya termasuk dalam 13 orang yang melapor diri di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.
§  Perjalanan mengambil masa 3-4 jam menaiki bas.
§  Setibanya kami di Jabatan Belia dan Sukan Perak, kami diberikan makanan tengah hari iaitu ‘Nasi Ayam Stadium’
§  Setelah selesai semua makan dan ambil kehadiran semua peserta, kami menaiki bas menuju ke Kem Rekreaksi Intan Suraya,Sungai Siput,Perak.
§  Sampai di simpang pintu masuk Kem Rekreaksi Intan Suraya, beg-beg kami dimasukkan ke trak 4x4 dan kami perlu  berjalan kaki masuk ke dalam.
§  Kami berjalan selama 15 minit untuk sampai ke Kem Rekreasi Intan Suraya.
§  Setibanya kami di kem itu, kami disajikan minum petang iaitu pengat pisang bersama teh panas. Saya sudah menjangkakan bahawa ini adalah satu muslihat yang licik kerana setelah selesai minum petang ini akan dikenakan ‘hadiah’ yang mengasyikkan.;)
§  Sesi pengenalan dimulakan. Kem kom ialah Tuan Azam dan dibantu oleh para jurulatih seperti Tuan Am, Tuan Irfan dan lain-lain.
§  Acara yang dinanti telah pun tiba iaitu Latihan fizikal. Kami perlu pumping,sit up,star jump,guling di tanah dan di air serta pusingan”helicopter” sehingga membuatkan kami muntah. Hanya beberapa orang sahaja yang muntah keluar pengat pisang yang baru sahaja dimakan tadi dan yang lain masih “steady” termasuklah saya sendiri.Hehehe…..
§  Tujuan Latihan ini adalah unutk membiasakan kendali diri daripada mabuk laut.
§  Pada waktu malam, kami dibentangkan dengan sejarah KLD Tunas Samudera dan seterusnya kami diperkenalkan dengan lagu “Samudera Raya”.

§  Pada malam itu juga kami perlu hafal lagu tersebut dan perlu ditasmik secara individu.
§  Pada jam 11.00 malam, sehabisnya sesi hafalan lagu “Samudera raya”, kami perlu bersiap untuk berjalan lasak meredahi hutan. “Hiking hutan tengah malam??!!”-begitulah dialog didalam hati saya dengan nada marah tapi teruja.
§  Kami berjalan meredahi hutan tanpa lampu. Gelap gelita seperti hatiku. Huhu..Perasaan saya bercampur aduk sama ada marah,teruja,kelakar dan takut. Tapi Alhamdullilah semua selamat.
§  Kami selesai berjalan lasak dan sampai ke kem pada jam 2.30 pagi.
§  Setelah itu aktiviti kami adalah ‘look-out’ dimana kami perlu menjadi ‘security guard’ yek..haha.. Tujuan aktiviti ini adalah supaya kami mampu melawan rasa mengantuk apabila diatas kapal nanti.

14 Ogos 2024
§  Larian pagi dan sarapan pagi
§  Belajar asas kawad Navy (tanpa hentak kaki)
§  Kami diajar cara memakai harness untuk aktiviti menaiki dan menuruni menara. Aktiviti ini memerlukan 2 orang dimana seorang naik dan seorang lagi menahan tali di bawah.
§  Setelah itu, kami makan tengah hari yang dihidangkan oleh awasan biru kerana awasan tersebut bertugas.
§  Aktiviti seterusnya adalah “water confident’. Aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peserta. Kami diajar cara asas untuk berenang….tapi dengan memakai life jacket demi keselamatan. Secara tibanya hujan pun turun membasahi bumi dan menyejukkan lagi situasi kami yang sedang bermain air. Hujan bukan penghalang untuk kami meneruskan aktiviti “water confident”. Kami diarahkan untuk buat bulatan semasa di dalam air lalu kami dihanyutkan kira-kira 30meter.
§  Aktiviti ini ditangguhkan awal kerana hadirkan kilat di udara menyambar dan berdentuman.
§  Kami teruskan dengan aktiviti khidmat masyarakat di sekitar Kawasan kem itu. Contohnya awasan saya membantu jurulatih untuk Menyusun semula kayak-kayak yang tidak teratut di disitu. Malangnya Voyage 476/24 kalini tiada aktiviti kayak. Walaubagaimanapun, ianya tidak mematahkan semangat kami semua.
§  Sesi malam pula diisi dengan slot “Sharing Session” Bersama jurulatih. Mereka menceritakan pengalaman semasa di atas kapal yang sangat indah tapi berkias. “Sehari diatas kapal seumpama setahun didaratan”-itulah kiasan yang paling saya ingat.
§  Seterusnya, agihan Baju KLD Tunas Samudera yang dibekalkan oleh KBS.
§  Sesi bergambar , bersurai dan tidur.
 
15 Ogos 2024
§  Solat Subuh berjemaah, persiapan diri dan sarapan pagi
§  Menaiki kereta jurulatih keluar dari Kem Intan Suraya
§  Bergambar di bas Bersama jurulatih
§  Akitiviti dalam bas adalah nyanyian Lagu Samudera sebagai tanda semangat meneruskan perjuangan.
§  Kami tiba di Jeti Pengkalan TLDM Lumut dan disambut oleh Staf Tunas Samudera untuk ke kapal.
§  Sesi penyerahan Voyage 476/24 oleh KBS kepada CO Kapal Layar Diraja Tunas Samudera seramai 24 orang
§  Taklimat oleh COXN. COXN ini jawatannya seperti PK HEM disekolah. Beliau akan menjaga kebajikan Voyage sepanjang pelayaran.
§  Makan tengah hari.
§ 
Pembahagian awasan iaitu kumpulan. Terdapat awasan putih, awasan biru dan awasan merah. Saya termasuk dalam awasan putih.
§  Pihak TLDM bekalkan kami 2 helai baju awasan, 1 helai baju M2 iaitu baju biru lengan panjang untuk pelayaran, 1 helai seluar dan 1 pasang sarung tangan.
§  Kami dikehendaki menyimpan barangan kami dan menukar baju awasan. “Arahan dan masa dari saya, perbuatan dari awak”- itulah ayat COXN yang menarik perhatian saya sepanjang pelayaran.
§  Kami perlu memakai Harness dan PPE sepanjang berada diatas kapal termasuklah semasa solat,makan,tandas, dan tido.
§  Aktiviti seterusnya adalah latihan memanjat tiang Yardarm.
§  Setelah itu, perkenalan kepada rutin diatas kapal seperti mengilat tembaga dan membersihkan kapal.

§  Makan Malam. Penyediaan makanan dibahagikan tugas mengikut awasan. Kami diatas kapal sangat cukup makan dan Chef Of Galley (COG) punya masakkan memang sedap!
§   Solat kami perlu dijamakkan. Zohor dan Asar. Magrib dan Isyak.
§  Aktiviti diteruskan dengan pengenalan setiap sudut dan ruang di dalam kapal layar.
§  Kami tidur menggunakan ‘sleeping bang’ dan tidur bersama di deck tengah.

v Pelayaran (15 - 22 Ogos 2024)

Aktiviti Pelayaran: Membangun Kemahiran dan Kesedaran di Laut
Pelayaran bukan sekadar tentang mengemudikan kapal; ia melibatkan pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang penting untuk keselamatan dan kejayaan di laut. Dalam blog ini, kita akan meneroka beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan dalam latihan pelayaran, yang akan membantu setiap pelayar menjadi lebih mahir dan berpengetahuan.


 1. Kenal Barang dan Bahagian Kapal Layar
Aktiviti ini bermula dengan sesi pengenalan yang mendalam tentang barang dan bahagian kapal. Para peserta diajar mengenai setiap komponen kapal, dari struktur asas hingga alat navigasi. Melalui demonstrasi praktikal, mereka dapat melihat bagaimana setiap bahagian berfungsi dan saling berinteraksi. Pengetahuan ini adalah asas untuk memahami cara mengendalikan kapal dengan berkesan.

 2. Mengenali Jenis Layar
Salah satu aktiviti menarik adalah mengenali pelbagai jenis laysar yang digunakan dalam pelayaran. Peserta diajar tentang layar segi tiga dan segi empat, seperti jibsail,foresail,main staysail dan top galenstaytail. Mereka berpeluang untuk mengendalikan layar ini secara langsung, mempelajari cara mengatur dan mengawal layar mengikut keadaan angin. Aktiviti ini memberikan mereka pemahaman yang lebih baik tentang fungsi setiap layar dalam pelayaran.

 3. Arah Kapal: Port dan Starboard
Dalam sesi ini, para peserta diajar tentang arah kapal, di mana port merujuk kepada sisi kiri dan starboard adalah sisi kanan. Melalui permainan interaktif, mereka dilatih untuk mengenal pasti arah dengan cepat dan tepat, penting untuk navigasi dan komunikasi yang jelas di atas kapal.
 4. Jenis Tali Layar
Mengetahui pelbagai jenis tali layar adalah kemahiran kritikal. Aktiviti ini memberikan pendedahan kepada tali seperti port sheet, starboard sheet, dan furling line. Peserta diajar cara menggunakan tali-tali ini secara praktikal, membantu mereka memahami kepentingannya dalam mengendalikan layar.

 5. MKMA: Mengawal Kerosakan dan Mengawal Api
Keselamatan adalah aspek utama dalam pelayaran. Latihan MKMA (Mengawal Kerosakan dan Mengawal Api) melibatkan simulasi kecemasan, di mana peserta belajar cara mengendalikan kebakaran dan kerosakan kapal. Latihan ini memberikan mereka keyakinan dan kemahiran untuk bertindak pantas dalam situasi berbahaya.

6. Latihan Dalam Kumpulan
Satu lagi aktiviti menarik adalah latihan dalam kumpulan. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, masing-masing dengan nama, logo, dan sorakan tersendiri. Aktiviti ini bukan sahaja membina semangat berpasukan tetapi juga menggalakkan kerjasama dan komunikasi yang baik antara peserta.


 7. Belajar Life Raft (Rakit Keselamatan)
Dalam sesi ini, peserta diajar tentang penggunaan rakit keselamatan. Mereka dilatih untuk mengendalikan rakit dengan betul dan belajar langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa kecemasan. Pengetahuan ini adalah penting untuk memastikan keselamatan mereka jika berlaku situasi tidak diingini di laut.

 8. Belajar 10 Jenis Ikatan Tali
Menguasai ikatan tali adalah kemahiran asas dalam pelayaran. Aktiviti ini melibatkan pembelajaran 10 jenis ikatan penting, termasuk bowline, figure of eight, dan reef knot. Peserta berlatih mengikat tali secara berulang kali, memastikan mereka dapat melakukannya dengan cekap dalam situasi sebenar.


9. Belajar Geografi: Cara Plot Kedudukan Kapal dan Cari Kiblat
Pengetahuan geografi adalah kunci dalam navigasi. Dalam sesi ini, peserta diajar cara untuk plot kedudukan kapal di peta dan mencari arah kiblat. Latihan ini memberikan mereka kemahiran untuk menentukan posisi mereka dan merancang perjalanan dengan lebih baik.

 10. Belajar Menyelamatkan Orang Jatuh Kapal
Latihan menyelamat adalah salah satu aspek paling penting dalam pelayaran. Peserta belajar teknik menyelamatkan orang yang jatuh dari kapal, termasuk cara mengendalikan situasi kecemasan dengan tenang dan berkesan. Pengetahuan ini adalah vital untuk menjaga keselamatan semua kru.

 11. Belajar Pertolongan Cemas
Akhirnya, pelajar diberikan latihan pertolongan cemas. Mereka diajar cara memberikan bantuan perubatan awal, yang mungkin menjadi penentu dalam situasi kecemasan. Kemahiran ini bukan sahaja penting di laut, tetapi juga dalam kehidupan seharian.

Kesimpulan
Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja membina kemahiran pelayaran tetapi juga meningkatkan kesedaran keselamatan di laut. Melalui latihan dan pengalaman praktikal, setiap peserta dapat memahami pentingnya pengetahuan dan persediaan dalam menghadapi cabaran pelayaran. Dengan kemahiran yang betul, kita dapat menikmati pengalaman pelayaran dengan lebih yakin dan selamat.
 
22 Ogos 2024
§  Kami sampai di Pulau Pangkor
§  Aktiviti dalam kumpulan di tepi pantai Pulau Pangkor
§  Sewa motor beramai-ramai pusing satu pulau

§  Masjid tempat untuk bersihkan diri setelah beberapa hari diatas kapal tak mandi.
§  Para peserta tidak melepaskan peluang untuk memborong coklat.
§  Saya dan beberapa kawan saya membasuh baju di dobi dan berehat disitu.
§  Awasan saya ditugaskan untuk menguruskan malam akrab. Saya telah pecahkan kepada beberapa tugas untuk semua peserta lakukan bersama-sama. Ada yang perlu membeli barangan perhiasan,membersihkan Kawasan deck tengah,menghias ‘backdrop’ untuk malam akrab,menyediakan kad jemputan kepada tetamu istimewa seperti CO,Maam dan sebagainya.



§  Kami diberi masa kurang dari 3 jam sahaja untuk menyiapkan segala urusan malam akrab setelah pulang ke kapal daripada pulau pangkor. Memang bekerja dalam tekanan! Semua rujuk kepada saya untuk melakukan perhiasan.Saya tidak mudah gelabah dan dapat menyelesaikannya dengan lancarnya kerana hal ini bukanlah sesuatu yang baharu bagi saya sebagai seorang peserta tahap emas ARPRM.

§  Malam akrab tetap dilaksanakan sebaik sahaja hujan renyai berhenti. Setiap awasan diwajibkan membuat persembahan di hadapan CO dan beberapa pegawai tinggi yang lain.
§  Pelbagai jenis makanan telah disediakan oleh COG bersama stafnya.
§ 
Tayangan video sepanjang kami menyertai program ini yang telah disunting oleh peserta terbaik KLD Tunas Samudera Voyage 476/24 iaitu Mohd Haikal.
 
23 Ogos 2024
§  Kami melakukan rutin pagi dengan pembersihan deck dan mengilat tembaga.
§  Persiapan untuk masuk ke Pelabuhan
§  Tiba di Pelabuhan. Semua layar telah digulungkan.
§  Pembersihan kapal
§  Lawatan ke Kapal Diraja Hang Tuah dan beberapa lagi Kapal Diraja.
§  Aktiviti fizikal terakhir di Pelabuhan TLDM Lumut sambil menyaksikan ‘sunset’.
§  Postmortem sepanjang pelayaran.

23 Ogos 2024
§  Persiapan majlis penutup
§  Memasang awning
§  Raptai menerima sijil dari CO
§  Majlis Penutup penyerahan semula peserta dari CO kepada KBS.
§  Lambaian terakhir meninggalkan Kapal Layar Diraja Tunas Samudera dengan cheers setiap awasan.
§  Menaiki bas menuju ke KBS Ipoh.
§  Malam postmortem sepanjang program diadakan. Pelbagai pendapat dan cadangan diutarakan.
§  Kami beramai-ramai pergi ke dobi untuk membasuh baju dan lepak di kedai mamak bersama-sama.


24 Ogos 2024
§  Persiapan untuk balik
§  Beberapa orang peserta menaiki bas ke Menara KBS Putrajaya dan sebahagiannya pulang dari KBS Ipoh.
§  Peserta ke Putrajaya memberikan lambaian terakhir semoga berjumpa lagi.
§  Sebahagian kami yang menuju ke Putrajaya minta diberhentikan di TBS.
§  Memberikan lambaian kepada mereka semoga berjumpa lagi.

§  Setibanya kami berenam di Menara KBS, kami menunggu para penjaga untuk menjemput kami.

Program Jati Diri Kapal Layar Diraja Tunas Samudera Voyage 476/24 ‘Sign off’. Selain sijil penyertaan , semua peserta juga diberikan sekeping gambar sebagai tanda kenangan.
Semoga blog ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang aktiviti-aktiviti penting dalam pelayaran!








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)