Halaman

Rabu, 18 September 2024

[1,605] Global Community Outreach Program Indonesia

 ‘Teroka Budaya, Jalin Perpaduan, Bina Sistem Sokongan Kaum Minoriti Untuk Kukuhkan Persefahaman Malaysia - Indonesia’

JAWA BARAT, INDONESIA, 9 - 13 September : “Meneroka dan meraikan kekayaan budaya di Indonesia, lantas memupuk perpaduan dan persefahaman bersama adalah apa yang kita laksanakan dalam misi ini,” ujar  Nurathirah Halim Rashidi, Ketua Biro Perhubungan Awam dan Penajaan program ‘Global Community Outreach Programme’ (GCOP), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Athirah baharu sahaja menyelesaikan misi antarabangsa ke Bandung, Jawa Barat di Indonesia anjuran Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor SUKSIS) UIAM.

Beliau juga merupakan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Perak, Sukarelawan Pendidikan dan Sukarelawan Southern Volunteers.

















“Pertukaran budaya dan menjalin perpaduan ini kita laksanakan di SPN Polda Jabar dan institut Technologi Bandung (ITB),” tambah beliau lagi.

“Di samping itu, kita juga memastikan seramai 25 pelatih Kor SUKSIS yang terlibat mampu bersama - sama meningkatkan nilai sokongan kepada kumpulan minoriti di Indonesia seperti di Pesantren dan penduduk Kampung Tjibarani,” beliau menjelaskan lagi.

Turut bersama adalah dua orang pegawai pengiring dan seorang pegawai dari Global Peace Malaysia.

Diminta untuk mengulas lebih lanjut, Athirah berpendapat adalah penting untuk memastikan persediaan jangka masa panjang minima 6 bulan sebelum program.

“Juga penting untuk sedia menerima dan memberi arahan, sepenuh komitmen kepada tanggungjawab yang digalas agar kerjasama dapat dieratkan dalam melaksanakan program peringkat tertinggi.

“Harus juga mempunyai jati diri dan percaya diri dalam bekerja,” ulas beliau merumuskan program yang telah dilaksanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)